Manfaatkan Pemilikan Tanah NCR
SETAKAT INI, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak menerima sekitar 400 permohonan bagi menjalankan kajian perimeter tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan seluruh kawasan di Sarawak.
Menteri Tugas Khas di Jabatan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem berkata, bilangan permohonan dijangka meningkat pada masa terdekat kerana kerajaan melaksanakan inisiatif baru NCR sejak dua tahun lalu.
Adenan percaya, rakyat menunjukkan keyakinan dan percaya usaha kerajaan dalam menyelesai isu tanah NCR dan konflik yang mengelirukan.
Melalui skim sukatan dalam program inisiatif baru NCR yang diwarta, Kerajaan menyelesaikan banyak isu tanah NCR ini.
Setakat ini, Jabatan Tanah dan Survei diminta mengeluarkan surat geran tanah NCR yang diwartakan kepada pemilik tanah secepat mungkin bagi mengelak berlakunya perselisihan faham semasa proses kaji selidik tanah NCR di tanah masing-masing.
Sebelum ini begitu banyak isu berkaitan tanah NCR yang diungkitkan. Sebahagian isu ini dibawa di mahkamah dan terdapat isu yang melibatkan perbalahan berterusan antara pewaris dan mereka yang menuntut secara bertindih.
Dengan pengiktirafan pemilikan tanah NCR milik individu, seharusnya tiada alasan lagi individu berkenaan memanfaatkan tanah NCR untuk pembangunan seperti penanaman kelapa sawit, penanaman secara bersepadu serta kegunaan lain yang mendatangkan keuntungan.
Seharusnya, pemilikan sah tanah NCR dimanfaatkan semaksimum mungkin bagi menyahut seruan pembangunan untuk kepentingan rakyat sendiri dan negara.
Tanah NCR yang berkeluasan besar mampu meningkatkan taraf hidup keluarga jika diusahakan secara lebih bijak.
Elakkan menjual tanah NCR kepada orang lain demi mengaut keuntungan jangka pendek.
Tanah NCR bukan sahaja mempunyai nilai kenangan daripada nenek moyang yang pernah mengusaha dan menjaganya, bahkan ia merupakan harta warisan yang tidak ternilai harganya Iebih-lebih lagi yang mempunyai kedudukan strategik dan segi ekonomi.
(Sumber: Utusan Sarawak, 23 Jun 2012)
