Penyukatan perimeter tentukan keluasan sebenar NCR Masing
IBRAHIM GANI
KAPIT, Sabtu — Penyukatan perimeter tanah melalui inisiatif baru diharapkan dapat menentukan keluasan sebenarnya tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di negeri, kata Menteri Kemajuan Tanah, Tan Sri Dr. James Jemut Masing.
Beliau berkata, pemilikan kira-kira 1.5 juta hektar tanah NCR oleh penduduk di negeri ini hanya dapat disahkan sejurus kerja menyukat tanah terbabit selesai.
Penyukatan perimeter tanah NCR di bawah inisiatif baru itu merupakan satu daripada program Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi menyukat sempadan tanah negeri dengan tanah NCR, katanya semasa melancarkan program penyukatan perimeter tanah NCR di bawah inisiatif baru di Rumah Lugat, Sungai Majau, Mujong dekat sini baru-baru ini.
Beliau berkata, kerja menyukat tanah itu akan dilakukan dalam dua peringkat. “Peringkat pertama membabitkan penyukatan perimeter tanah antara sempadan NCR dengan tanah negeri dan peringkat kedua menyukat lot individu untuk mengeluarkan surat pala tanah”.
“Saya berharap semua pemilik tanah memberi kerjasama sepenuhnya kepada Jabatan Tanah dan Survei (ITS) dan elak pertikaian bagi melicinkan proses penyukatannya,” nasihat James Masing.
Menurut James Masing, kerajaan Barisan Nasional komited terhadap janjinya bagi menyukat tanah NCR kerana tanah merupakan aset kepada pemiIiknya dan perlu diusahakan supaya boleh menjana pendapatan.
Sambil mengucap terima kasih kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri atas usaha memperkenalkan inisiatif baru itu, beliau berkata, kerja-kerja menyukat tanah adalah usaha berterusan kerajaan dan menggesa mereka yang tercicir dalam peringkat pertama itu supaya memohon kepada JTS atau wakil rakyat supáya tanah mereka dapat disukat bagi peringkat seterusnya.
Pengusaha JTS Kapit, Norlina Ra’ee yang turut berucap pada majlis itu berkata, JTS mengalu-alukan permohonan bagi kerja menyukat tanah NCR daripada masyarakat setempat.
“Setakat ini, JTS telah meluluskan 15 kawasan NCR termasuk di Majau untuk kerja menyukat perimeter tanah itu,” katanya sambil menegaskan, kerja menyukat tanah di Majau itu membabitkan 16 rumah panjang dan meliputi kawasan seluas 9,793 hektar.
Bagaimanapun, tambahnya, kelicinan proses menyukat perimeter tanah itu bergantung kepada kerjasama penghuni rumah panjang terlibat dan berharap mereka dapat mengenepikan perselisihan faham bagi mengelak tanah mereka dibiarkan.
Sekiranya proses menyukat tanah itu berjalan lancar, beliau berkata, kerja-kerjanya boleh disiap dalam masa sebulan dan jika sebaliknya berlaku, JTS akan meninggalkan kawasan tersebut untuk menyukat kawasan tanah yang diluluskan.
Penyukatan perimeter NCR pertama di bawah Fasa Satu inisiatif baru NCR Daerah Kapit dilakukan di kawasan Melukun membabitkan Rumah Achan pada 25 Sept. 2010, dengan melibatkan kawasan tanah seluas 125 hektar.
Residen Bahagian Kapit, Dahim Nadot, Pegawai Daerah Kapit, Elvis Didit, Walikota
MDK, Philimon Nuing, Pemanca David Dian, Pemanca Tan Kian Ho, Penghulu Steward Sawing dan Penghulu Salang, Wilson Ugak Kumbong, a private secretary to the Senior Minister and Development adalah antara yang hadir sama.
(Sumber: Utusan Sarawak, 22 April 2012)
