Penduduk Kampung Stalon Risau Tanah NCR Belum Disukat

 

Penduduk Kampung Stalon risau tanah NCR belum disukat


SIBU: Penduduk Kampung Stalon, Belawai resah setelah permohonan untuk mengazetkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) mereka tidak mendapat maklum balas dan tindakan daripada pihak berwajib séhingga hari ini.

Redhwan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Stalon ketika ditemui baru-baru ini berkata, permohonan telah dibuat lebih setahun lalu kepada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Cawangan Mukah tetapi sehingga hari ini,tiada tindakan susulan diambil.

“Saya sudah minta kepada Jabatan Tanah dan Survei Mukah untuk membuat kerja-kerja mengukur tanah-tanah ini, tapi tiada tindakan diambil,” ujar Redhwan.

Menurutnya, hampir kesemua tanah yang melibatkan 10 buah rumah panjang di kawasan beliau pada waktu ini masih tidak mempunyai geran.

Ekoran itu, penduduk di kawasan itu mula melahirkan rasa bimbang tanah mereka mungkin akan dijual kepada pemaju yang ingin membuka tanah untuk tujuan pembangunan di kawasan terbabit.

Redhwan berharap pihak berkenaan boleh melaksanakan kerja-kerja penyukatan tanah dan menyiapkan dokumen-dokumen berkaitan dengan segera sebelum isu terbabit menjadi lebih rumit.

“Saya mohon agar pihak terbabit menyukat tanah ini dengan segera sebelum ia mendatangkan kerumitan pada masa akan datang,” ujarnya,

(Sumber: Utusan Borneo 21 Mei 2012)

 

 
image Polls
image Announcement