Dua NCR Lawas Diwarta Sebagai Tanah Rizab

 

Dua NCR Lawas diwarta sebagai tanah rizab


LAWAS, Jumaat — Dua kawasan Hak Tanah Adat Bumiputera (NCR) di daerah Lawas milik masyarakat Lun Bawang diwarta sebagai Rizab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.

Menurut Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Limbang, Hardi Fadillah Hamzah, kawasan itu terdiri kawasan Sahabat Baru merangkumi Kampung Sahabat Baru, Kampung Long Segaman, Kampung Pengaleh dan Kampung Limpaki dengan jumlah anggaran kelüasan i96 hektar. Penyukatan kawasan ini bermula pada 6 Disember 2010 dan siap pada 30 Disember 2010.

Ini dilkuti kawasan Sungai Banganga, merangkumi Kampung Long Tukon dan Kampung Long Kachu dengan jumlah anggaran keluasan 213 hektar. Penyukatan kawasan ini bermula pada 30 September 2010 dan siap pada 26 Oktober 2010.

Hardi menjelaskan, sehingga hari ini, di bawah Inisiatif Baru NCR, 48 buah kawasan di seluruh Sarawak sudah diwartakan sebagai Rizab Gunasama Bumiputera, dan 25 daripada warta tersebut telahpun diserahkan kepada wakil penduduk.

Justeru, adanya penyerahan warta kepada penduduk kawasan Sahabat Baru dan Sungai Banganga pada hari ini, bermakna jumlah keseluruhan warta yang telah diserahkan kepada penduduk telah bertambah kepada 27 buah.

“Penyerahan warta kepada rakyat merupakan usaha kerajaan yang berterusan dalam memberikan pengiktirafan kepada pemilikan tanah NCR di seluruh Sarawak. Ia juga adalah bukti bahawa rakyat sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Jabatan Tanah dan Survei semasa kerja pengukuran dan tidak berkelahi sesama sendiri, justeru, membolehkan kerja pengukuran siap mengikut jadual yang ditetapkan” ujamya.

Perisytiharaan tanah NCR sebagai Rizab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri merupakan jaminan dan pengiktirafan undang-undang ke atas pemilikan tanah NCR. Hak ke atas tanah NCR yang diwartakan akan ditadbir dan diurus menggunakan undang undang adat kaum yang mempunyai hak ke atas tanah NCR tersebut.

Malah, melalui proses pewartaan juga, masalah pencerobohan dan pertikaian sempadan tanah akan dapat dikurangkan. Halini kerana warta Rizab Gunasama Bumiputera akan menyatakan dengan jelas saiz dan sempadan kawasan yang telah diukur.

“Kita ingin menyakin pemilik tanah bahawa Jabatan Tanah dan Survei akan mengukur ke semua tanah NCR yang sahih di negeri Sarawak. Di Bahagian Limbang, kerja kerja pengukuran pada masa ini sedang berjalan dengan lancar di Kampung Ranggul Pengkalan Jawa yang mempunyai jumlah anggaran keluasan 184 hektar,” katanya.

Kerja pengukuran akan bermula pada hujung bulan ini di lapan buah lagi kawasan dengan jumlah anggaran keluasan 2,553 hektar, iaitu di Kampung Pangkalan Gurah, Kampung Paya Megaliong, Kampung Berawan, Kampung Melanjan, Kampung Tedungan/Bidang, Kampung Pandak di Lim bang, senta Kampung Tanjong Bakong dan Kampung Layong/Serampa/Gelapas Laut di Lawas.

Bagi pemilik tanah yang telah menghantar permohonan untuk pengukuran tetapi kerja pengukuran belum lagi bermula di kawasan mereka, kita berharap agar pemilik tanah dapat bersabar dan memberikan sedikit masa lagi kerana Jabatan Tanah dan Survei sememangnya sedang berusaha keras untuk memenuhi kesemua permintaan untuk pengukuran tanah NCR.

Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada mereka yang memiliki tanah NCR sahih supaya memaklumkan kepada Jabatan Tanáh dan Survei secara bertulis untuk membolehkan tanah mereka diukur di bawah Inisiatif Baru.

Pada masa yang sama, tanah hendak diukur harus bebas daripada pertikaian mahupun pertelingkahan sesama penduduk serta tidak terlibat dalam mana mana kes mahkamah.

Inisiatif Baru NCR diwujudkan bertujuan untuk menjamin hak pemilik tanah NCR. Diumumkan oleh Perdana Menteni Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak pada 22 Julai 2010, ia merupakan usaha sama antara kerajaan Negeri Sarawak dan kerajaan Persekutuan.

Pengukuran di bawah Inisiatif Baru telah bermula pada September 2010 kini diteruskan di bawah Rancangan Malaysia ke 10 (2011 2015).

Program ini dilaksana dalam dua Iangkah dengan dua hasil produk. Pertama, pengukuran keliling untuk mengasingkan tanah NCR yang sahih daripada tanah kerajaan. Tanah NCR tersebut kemudiannya akan diwartakan sebagai Rizab Gunasama Bumiputera di bawahi Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.

Langkah kedua, pemilik tanah NCR seterusnya perlu menentukan wujud sempadan tanah masing masing dalam kawasan yang telah diwartakan sebagai Rizab Gunasama Bumiputera. Ia bagi membolehkan Jabatan Tanah dan Survei melakukan pengukuran secara terpeninci dan seterusnya mengeluarkan surat hakmilik tanah secara individu di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri kepada pemilik tanah.

 

(Sumber:  Utusan Sarawak 10 Disember 2011)

 
image Polls
image Announcement