Menyukat Tanah NCR: Kerajaan BN Prihatin

 

Menyukat tanah NCR: Kerajaan BN prihatin


Sambil menjamu selera dengan secawan kopi di sebuah kopitiam tempoh hari saya terserempak dengan seorang kawan lama sambil menyapa beliau dan bertanya barangkali beliau kena dengan orang yang mempunyai sebidang tanah di antara seratus ekar atau lebih untuk tujuan pertanian secara kecil-kecilan.

Dia dengan selamba menjawab bahawa dia mempunyai sebidang tanah yang hanya cukup untuk sebuah rumah dan tanamannya sahaja.

Kalau nak tanah yang seluas sampai beratus ekar, lupakan sahaja sebab semuanya di ambil oleh kerajaan Barisan Nasional.

Saya tersentak buat seketika dan tidak terfikir orang yang saya kenal seperti dia mengungkapkan kata-kata demikian apa tah lagi, dia adalah seorang yang berpelajaran tinggi dan profesional.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Datuk Awang Tengah Ali Hassan di petik sebagai berkata dalam sebuah akhbar tempatan tempoh hari bahawa menuduh kerajaan Barisan Nasional, merompak tanah rakyat adalah strategi dan dakyah pembangkang sahaja untuk menakutkan rakyat dan seterusnya membenci BN.

Hanya parti pembangkang sahaja yang selalu menuduh kerajaan Barisan Nasional sedemikian dan bukannya daripada pemilik tanah adat itu sendiri.

Dalam masa yang sama Datuk Awang Tengah berkata kerajaan memerlukan tanah  untuk projek pembangunan dan kerajaan sangat adil dalam menangani masalah tersebut dengan membayar pampasan kepada pemilik tanah setiap kali tanah mereka di ambil mengikut harga pasaran semasa.

Saya rasa isu hal tanah adalah isu yang paling hangat dalam perbualan segenap rakyat di mana jua mereka berada sehingga seorang rakan lama saya pun termakan umpan oleh strategi dan dakyah pembangkang yang menyatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional merompak tanah hak adat Bumiputera.

Saya berdoa dan percaya biarkan dia seorang sahajalah yang berkata demikian.  Saya yakin dan percaya bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak akan merompak tanah hak adat Bumiputera.  Sebaliknya kita hendaklah bersama-sama memberitahu keluarga, kawan-kawan dan rakyat luar bandar yang memilik tanah hak adat Bumiputera bahawa kerajaan Barisan Nasional sedang dan akan membantu rakyat yang memiliki tanah adat hak Bumiputera untuk membuat perimeter survei terhadap tanah NCR mereka dengan tujuan untuk membolehkan mereka mendapat hak milik tetap.

Apabila tanah mereka sudah disukat mereka boleh membuka lebih banyak lagi tanah untuk tujuan pertanian berkelompok umpamanya, demi meningkatkan lagi taraf hidup mereka.

Saya percaya bahawa selepas pemilik mendapat hak milik tetap, itu adalah satu-satunya wasiat dan aset yang boleh diperturunkan kepada generasi baru.

Saya harap semoga pemilik tanah yang mempunyai tanah hak adat Bumiputera yang belum di sukat untuk tampil ke hadapan dan memberitahu pihak kerajaan Barisan Nasional demi melicinkan kerja-kerja mereka dalam menentukan yang mana tanah hak milik Bumiputera dan tanah yang berstatus tanah kerajaan.

Hanya kerajaan Barisan Nasional sahajalah yang boleh membantu pemilik-pemilik tanah hak adat Bumiputera dalam kerja-kerja menyukat tanah demi kesejahteraan rakyat.

 

(Sumber:  Utusan Sarawak, 18 Mac 2011)

 
image Polls
image Announcement