Penyukatan Tanah NCR Selesaikan Pertikaian: Pemberian Surat Hak Milik Beri Hak Sepenuhnya Kepada Pemilik Mengikut Kanun Tanah

 

Penyukatan tanah NCR selesaikan pertikaian: Pemberian surat hak milik beri hak sepenuhnya kepada pemilik mengikut Kanun Tanah


LUNDU: Penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) adalah cara kerajaan menyelesaikan dan mengurangkan pergaduhan antara rakyat berhubung soal pemilik tanah.

Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata pengeluaran surat hak milik tanah akan memberikan hak sepenuhnya kepada pemiliknya mengikut undang-undang Kanun Tanah.

Ini bermakna, tanah tersebut tidak boleh diambil oleh orang lain dengan sewenang-wenangnya sekali gus mengelak berlakunya pergaduhan sesama rakyat.

“Memang dasar saya dari mula saya menjadi wakil rakyat, saya menjadi wakil rakyat, saya mahu tanah-tanah orang kampung disukat dan dikeluarkan dengan kepala surat.

“Tanyalah orang di Muara Tuang jika tidak percaya, kerana dengan cara ini kita akan dapat mengurangkan pergaduhan berkaitan tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah dan Penyampaian Geran MRP Tanjung Datu di sini semalam.

Adenan pada sidang media tersebut turut tidak menafikan masih banyak kawasan tanah yang belum disukat melibatkan pemilik-pemilik di kawasannya.

Bagaimanapun katanya, kerja-kerja penyukatan ini akan dijalankan secara konsisten dan berperingkat-peringkat di seluruh negeri.

“Kita juga ada skim jika kita belum menyukat tanah lot satu demi satu… kita akan menyukat sempadan dan dikeluarkan gazet seperti di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah.

“Hari ini kita, memberi banyak lagi surat tanah kepada penduduk kampung di kawasan ini dan proses ini bukan setakat hari ini sahaja.

“Dari mula dulu-dulu lagi saya telah minta daripada Jabatan Tanah dan Survei untuk menyukat tanah-tanah dalam kawasan saya.

“Dan syukur mereka telah menerima permohonan saya dan dalam lima thaun ini banyak surat tanah dikeluarkan dan akan dikeluarkan dalam tempoh masa lagi,” ujarnya.

Sementara itu, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching Abdullah Julaihi berkata pihaknya akan mengeluarkan 4,814 surat hak milik tanah sehingga akhir tahun ini melibatkan tujuh kawasan di daerah Baud an Lundu.

Katanya, hari ini (semalam) sahaja sebanyak 315 surat hak milik tanaha Salcra Bajo, Lundu dikeluarkan melibatkan penduduk dari tiga kampung iaitu Kampung Bajo, Blungei dan Pandan.

 

(Sumber : Utusan Borneo, 14 Mac 2011)  

 
image Polls
image Announcement