Inisiatif Baru NCR
LATAR BELAKANG
PADA 22 Julai 2010 Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan Inisaitif Bau di Miri.
Inisiatif Baru ini wujud hasil dari perbincangan Makmal (Lab) Bumiputera Sabah-Sarawak di bawah Program Transformasi Kerajaan yang diadakan di Kuching dan Kota Kinabalu pada bulan Februari dan Mac 2010.
Inisiatif baru ini telah dibentangkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan telah dipersetujui diguna pakai. Oleh yang demikian Inisiatif Baru ini merupakan usaha sama antara Kerajaa Persekutuan dengan Kerajaan Negeri yang telah bermula dari tahun 2010 dan diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015).
Ia memberi jaminan pemilik tanah NCR dan membawa kesejahteraan ekonomi kepada pemilik tanah melalui pembangunan tanah.
Inisiatif Baru NCR dilaksanakan dalam dua langkah dengan dua hasil produk:
- Penyukatan ukur keliling (perimeter) untuk mengasingkan tanah NCR yang sahih daripada tanah kerajaan. Tanah NCR tersebut kemudian akna diwartakan sebagai Rizab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri, sebagai langkah untuk memastikan penuntut NCR mempunyai jaminan sekuriti ke atas tanah yang telah diwartakan dan
- Penyukatan lot-lot individu Pemilik tanah NCR perlu menentukan di mana wujudnya sempadan tanah mereka dalam kawasan yang telah diwartakan sebagai Rizab Gunasama Bumiputera, untuk membolehkan Jabatan Tanah dan Survei melakukan survey secara terperinci dan seterusnya mengeluarkan surat hak milik tanah secara individu kepada pemilik tanah Surat hak milik tanah ini akan dikeluarkan Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.
PENUBUHAN PEJABAT PENGURUSAN PENYAMPAIAN (atau Delivery Management Office DMO)
- Diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri 1 dan
- Beperanan menyelia dan memantau Inisiatif Baru NCR
PENUBUHAN JAWATANKUASAKHAS PENYUKATAN NCR DI JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK
- Diwujudkan di Ibu Pejabat dan Pejabat Bahagian Jabatan Tanah dan Survei Sarawak bagi membantu DMO;
- Berperanan mengenai pasti kawasan yang akan disukat serta mengumpul isu-isu dan permasalahan berkaitan penyukatan tanah NCR dan merancang langkah penyelesaian; dan
- Jawatankuasa Khas di peringkat Bahagian perlu memainkan peranan aktif untuk menyelesaikan permasalahan berkaitan kerja-kerja penyukatan dengan segera
KRITERIA PEMILIHAN KAWASAN UNTUK PENYUKATAN
- Hasil permintaan dan permohonan pemilik tanah NCR;
- Hasil maklum balas daripada Seminar Perihal Tanah 2009;
- Potensi pembangunan di suatu kawasan. Kawasan yang telah dikenal pasti untuk dikembangkan dan dibangunkan bagi menjana sumber pendapatan kepada penduduk setempat.
- Memberi impak yang besar. Kawasan yanh telah dipilih melibatkan jumlah penududuk yang ramai, justeru, penyukatan tersebut akan membawa manfaat kepada ramai penduduk. Pada masa yang sama ia dapat mengelakkan atau mengurangkan pertikaian sesame pemilik tanah.
JUMLAH DAN KELUASAN KAWASAN DISUKAT
Sebanyak 27 kawasan NCR di seluruh negeri Sarawak telah dikenalpasti bermula pada tahun 2010, dan kerja-kerja penyukatan diteruskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10.
PENYUKATAN PERIMETER KAWASAN
- Ahli dalam komuniti yang terlibat dalam penyukatan perimeter kawasan perlu mencapai kata sepakat sebelum penyukatan sempadan tanah bermula; dan
- Penyukatan perimeter kawasan dijalankan serental di kesemua Bahagian di Sarawak.
PENYUKATAN LOT INDIVIDU
1. Penyukatan lot individu akan menyusul kemudian selepas penyukatan perimeter selesai dan selepas tanah diwartakan sebagai Rizab Gunasama Bumiputera.
2. Sempadan tanah indidvidu dalam Rizab Gunasama Bumiputera perlu bebas dari pertikaian atau pertindihan tuntutan sebelum penyukatan lot individu boleh dimulakan ; dan
3. Setiap penuntut tanah NCR yang mana tanahnya termasuk dalan Rizab Gunasama Bumiputera diwajibkan hadir semasa proses penyukatan lot individu.
KELEBIHAN MEWARTAKAN TANAH DI BAWAH RIZAB GUNASAMA BUMUPUTERA (SEKSYEN 6 KANUN TANAH NEGERI)
1. Warta Seksyen 6 merupakan dokumen tang sah di sisi undang-undang yang menjamin hak ke atas tuntutan tanah NCR;
2. Hak ke atas tanah NCR ditadbir oleh undang-undang adat kaum masing-masing. Undang-undang adat kaum tersebut merangkumi perkara seperti perolehan, pindah milik dan transmisi hak dan keistimewaan ke atas tanah, bangunan atau struktur yang didirikan di dalamnya;
3. Pemilik tanah akan tahu sekiranya wujud pencerobohan ke atas tanah mereka kerana sempadan tanah akan jelas diketahui selepas penyukatan diselesaikan. Ini boleh mengelakkan daripada berleluasanya pertikaian.
KELEBIHAN SURAT HAK MILIK TANAH SEKSYEN 18
- Surat hak milik tanah Seksyen 18 mempunyai tempoh hak milik kekal;
- Pemilik surat hak milik tanah Seksyen 18 tidak perlu membayar cukai tanah tahunan, premium, kos penyukatan atau caj-caj lain.
(Sumber : Utusan Sarawak, 9 April 2011)
