59 Rumah Setinggan Dirobohkan

 

59 rumah setinggan dirobohkan


Tarikh : 19 Januari 2010

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah bertindak meroboh 59 buah rumah setinggan di kawasan Lot 16, Blok 3 Sangan Land District pada hari ini (19 Januari) bagi memberi laluan kepada projek Samarakan New Township.


Tindakan ini diambil hasil perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Bintulu melalui Originating Summons No. 24-70 of 2008 di mana mahkamah
telah memerintahkan bahawa Tatau Land District Sdn Bhd adalah berhak ke atas Lot 16, Blok 3 Sangan Land District.


Di samping itu, mahkamah telah memerintahkan supaya 59 setinggan yang menduduki/menceroboh tanah tersebut mengosongkan tapak tersebut. Hasil
siasatan Jabatan Tanah dan Survei mendapati hanya 15 buah rumah sahaja yang berpenghuni manakala selebihnya adalah merupakan rumah/pondok
kebun yang kosong.


HAJI AJMAEN HAJI SUPERI
PENGUASA TANAH DAN SURVEI
BAHAGIAN BINTULU

 
image Polls
image Announcement