Kerajaan Sarawak Sasar Dilaksanakan Sehingga Hujung Tahun Ini : 250,000 Hektar Tanah NCR Disukat

 

Kerajaan Sarawak sasar dilaksanakan sehingga hujung tahun ini : 250,000 hektar tanah NCR disukat


SAMARAHAN 18 Ogos – Kerajaan negeri menyasarkan untuk menyukat kira-kira 250,000 hektar tanh yang dikenal pasti di bawah Inisiatif Baru Tanah Adat Bumiputera (NCR) menjelang hujung tahun ini.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Sei Awang Tengah Ali Hassan berkata, bagi memastikan sasaran tersebut dicapai, kerajaan negeri meluluskan peruntukan berjumlah RM30 juta.

“Tahun lepas, sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk menyukat 28 kawasan melibatkan tanah berkeluasan kira-kira 50,000 hektar dan ia Berjaya dilaksanakan.

“Pada tahun ini, lebih 100 kawasan baru dengan keluasan tanah lebih 200,000 hektar akan disukat. Jika dicampur, jumlah keluasan yang akan disukat sehingga hujung tahun ini adalah kira-kira 250,000 hektar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian cek pampasan dan penyerahan sujil Rizab Gunasama Bumiputera melibatkan 86 penerima, di sini semalam.

Penerima cek pampasan tersebut merupakan pemilik tanah yang terlibat dengan projek menaik taraf Jalan Mambong-Sejingkat membabitkan bayaran berjumlah RM3.75 juta manakala bagi RIZAB Gunasama Buniputera pula, sebanyak 14 kampung sekitar Muara Tuang menerima sijil tersebut.

Dalam pada itu, Awang Tengah memberi jaminan bahawa setiap projek pembangunan melibatkan tanah rakyat akan dibuat mengikut prosedur dan tidak kan menjejaskan hidup mereka.

“Kita ambil tanah mengikut prosedur betul manakala pampas an dibayar berdasarkan harga semasa dan projek yang dilaksanakan pula dinikmati penduduk itu sendiri.

“Kita harap masyarakat tidak akan dipengaruhi pembangkang bahawa kita merampas tanah rakyat dan mengabaikan kebajikan mereka,” katanya.

(Sumber : Utusan Malaysia, 19 Ogos 2011)

 
image Polls
image Announcement