Usaha berterusan k’jaan pastikan tanah Bumiputera terjaga: L
SARIKEI: Sejak Program Inisiatif Baru Tanah Adat Bumiputera (NCR) diimplementasi pada 2010, sebanyak 22 kawasan di bahagian Sarikei telah dilulus proses sukat dengan keluasan anggaran 119,622 hektar atau 295,585 ekar.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) dan Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak, Datu Haji Len Talif Salleh berkata, daripada 22 kawasan terbabit, 20 kawasan telah siap sepenuhnya menjalani proses sukat dan survei.
“Usaha murni ini diteruskan lagi pada hari ini (semalam) membabitkan kawasan di Loba Bunut Laut, berkeluasan 712.2 hektar (1,760 ekar). Kawasan ini telah dilulus dan digazet untuk komuniti Melayu dan Karnpung Bidadari, Kampung Abang Ali dan Kampung Abeng Amin.
“Bagi kawasan komuniti Iban pula, ia telah melibatkan kawasan Telok Pajar, Nanga Bangkit, Nanga Selidap membabitkan tujuh rumah panjang seperti Rumah Regina, Rumah Dora, Rumah Anggi, Rumah Michael Rima, Rumah Micheal Tandang, Rumah Langgi dan Rumah Peter.
“Program ini merupakan usaha berterusan kerajaan dalamn memastikan tanah masyarakat Bumiputera mempunyaj rekod pengurusan sistematik, tersusun dan diiktiraf,” kata Len.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Warta Kerajaan Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri Inisiatif Baru NCR dan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) Skim Penempatan Semula Sungai Meradong, semalam.
Program ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Sarikei dan dihadiri 50 Ketua Masyarakat dan pemilik tanah.
Len yang juga merupakan AhIi Dewan Undangan Negeri (ADUN) N35 Belawai turut berkata, program ini memberi jaminan pemilikan dan pengiktirafan kerajaan atas pemilikan tanah hak adat Bumiputera.
Justeru, katanya, pemilikan tanah oleh komuniti berkenaan adalah sah dari segi Undang-undang Tanah.
“Masyarakat harus sedar bahawa adanya program ini, isu pencerobohan tanah NCR dapat diatasi kerana kawasan NCR telah disurvei. Melalui usaha ini, segala pertikaian berlaku akan dapat dielak.
DaIam Iangkah pertama ini, pejabat JTS menyasarkan tahun 2015 untuk menyiapkan survei ukur keliling seluruh negeri Sarawak.
“Bagi langkah kedua, ia bermula pada 2016 supaya usaha menyukat tanah NCR secara individu untuk tujuan pengeIuaran surat hak milik Seksyen 18 dapat dilaksana sepenuhnya,” kata Len.
Len turut menggesa rnasyarakat agar mengusahakan tanah NCR masing-masing dengan aktiviti pertanian dan sebagainya, kerana ia mampu meningkat pendapatan masing-masing.
Sementara itu, Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Sarikei, Ngu Tai Kong dalam ucapan aIu-aluannya pada majlis sama berkata, masa kini terdapat dua kawasan bahagian ini belum siap untuk disurvei.
““Dua kawasan ini ialah Melurun dan kawasan Ulu Sarikei. Usaha ini akan diteruskan dalam sikit masa lagi. Kita berharap usaha murni ini akan terus mendapat sokongansemua pihak demi kebaikan bersama,” kata Ngu.
Turut hadir sama pada majlis ini ialah wakil Residen Bahagian Sarikei Baijuri Bidin dan wakil Pegawai Daerah Meradong Frank Lani.
(Sumber: Utusan Borneo, 20 September 2014)
