Penduduk sahut seruan kerajaan negeri sukat perimeter tanah
MIRI: Penduduk Long Seniai, Ulu Sungai Akah, Ulu Baram telah menyahut seruan kerajaan negeri dalam usaha menyukat perimeter tanah Adat Bumiputera (NCR) demi manfaat bersama.
Bendahari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Long Senial, Lihan Ding Ngau, 59, berkata penyukatan tanah NCR oleh kerajaan negeri adalah satu peluang yang harus direbut pemilik NCR.
“Kami sangat gembira kerajaan menjalankan penyukatan NCR di Long Seniai, Ulu Sungai Akah, bagi membantu pemilik NCR mewarisi hak nereka seterusnya melindungi hak mereka,” katanya di sini semalam.
Lihan berkata rumah panjang Kayan 30 pintu itu didiami 100 penduduk kampung dan ia terletak 300 kilometer dari Miri dengan memakan masa lapan jam perjalanan menggunakan jalan darat.
Tambahnya, permohonan untuk penyukatan perimeter terbabit telah dibuat sejak tahun lalu dan ia telah diluluskan pada Ogos ini.
“Penduduk telah menyokong dan bersetuju agar tanah NCR seluas 3,816 hektar milik rnereka disukat oleh kerajaan negeri menerusi Jabatan Tanah Survei (JTS) pada 11 Ogos ini.
“Kami sangat gembira kerana penyukatan ini mampu melindungi hak kami yang pada asalnya mewarisi tanah NCR daripada generasi terdahulu,” katanya.
I.ihan berkata, persetujuan agar tanah penduduk disukat sebelum ini mendapat tentangan namun setelah diberi penerangan lebih lanjut, penduduk akhir memahami fungsi penyukatan tanah NCR.
Pada 27 Mac lalu, pihak JTS telah mengadakan dialog bersama penduduk kampung dan akhirnya pada 11 Ogos lalu, kerja-kerja penyukatan tanah telah dilaksanakan.
“Semua penduduk gembira dan menyokong inisiatif penyukatan tanah NCR kerana bagi mereka, ia mampu memberi manfaat dalam melindungi hak mereka,” jelasnya.
(Sumber: Utusan Borneo, 27 Ogos 2014)
