Masyarakat perIu rebut peluang miliki hak mutlak ke atas tan
BINTULU: Masyarakat di sini khususnya pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dinasihatkan agar memanfaatkan peluang yang diberikan kerajaan bagi memastikan komuniti itu mempunyai hak mutlak ke atas tanah berkenaan.
Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, penyukatan tanah NCR di bawah Inisiatif Baharu NCR bakal mengenal pasti serta mewujudkan sempadan jelas antara tanah NCR dan tanah kerajaan, sekali gus menyelesaikan masalah pertikaian tanah sama ada sesama pemilik tanah, pemilik tanah dan kerajaan serta pemilik tanah dan syarikat membangunkan tanah berhampiran.
“Sebaik-baiknya, penduduk setempat sama ada di rumah panjang dan kawasan perkampungan mempunyai tanah NCR mengambil peluang melakukan kerja-kerja penyukatan serta sempadan tanah mereka antara satu sama lain kerana merupakan satu inisiatif murni kerajaan membantu pemiliknya menjadikan tanah berkenaan hak mutlak tanpa dapat dipertikai oleh sesiapa,” katanya.
Beliau berucap pada Majlis ‘Ngiling Tikai’ anjuran Gerempong Rumah Panjai Sungai Sebauh dan Majlis Kesyukuran Pelantikan Temenggung Utong Sigan di Balai Raya Sebauh, kelmarin.
Sambil menyifatkan penyukatan tanah NCR sebagai satu proses berterusan, DrRundi yakin relevan bagi memastikan kegunaan tanah diwarisi dan satu generasi ke generasi seterusnya.
“Selain itu, pemilik tanah bakal mengetahui sekiranya wujud pencerobohan ke atas tanah milik mereka kerana sempadan tanah diketahui dengan jelas selepas kerja-kerja penyukatan dilakukan,” tambahnya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata lebih banyak program pembangunan dirancang di Daerah Kecil Sebauh bagi memastikan terus membangun serta berkembang.
Dengan adanya feri penumpang beroperasi menyeberangj Sungai Kemena menghubungkan Pekan Sebauh dan Hulu Sebauh, ia membantu merancakkan kegiatan ekonomi penduduk khususnya golongan petani dan penternak di kawasan terbabit.
“Justeru, penduduk di Sebauh harus bersyukur dengan nikmat pembangunan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan terus memberj sokongan penuh terhadap kepimpinan BN dalam menerajui tampuk pemerintahan khususnya di negeri ini dan negara amnya, katanya.
Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Victor Temenggung Anggang, Pegawai Tadbir Daerah Kecil Sebauh, David Kala dan Penghulu Michael Lanyau Ruma.
(Sumber: Utusan Borneo, 6 Julai 2014)
