Kerajaan Ambil Serius Proses Pengukuran Tanah

 

Kerajaan ambil serius proses pengukuran tanah


BETONG, Isnin — Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Betong memerlu kerjasama semua pemilik tanah komunal (bukan kepentingan awam) di Kawasan Ulu Paku dekat Spaoh supaya kerja pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang memasuki langkah kedua dapat djalan dengan sempurna.

Penguasa Tanah den Survei, Betong,Anthony Aboi berkata, kerajaan mengambil serius ke atas pengukuran tanah di bawah Inisiatif Baru NCR untuk menjamin hak pemilik tanah NCR.

Justeru, katanya, tiada orang lain boleh mempersoal atau membuat sebarang tuntutan terhadap tanah yang telah diwartakan kelak.

Sekiranya pemilik tanah memberi kerjasama penuh dalam kerja penyukatan tanah, saya yakin hak milik tanah mereka akan dapat dikeluarkan dengan mudah,” ujarnya.

BeIiau berkata demikian ketika berucap pada beberapa siri majils dialog lapangan penyukatan tanah NCR bersama-sama dengan penduduk di Ulu Paku.Spaoh dan sekitarnya.

Kata Anthony, ini kerana JTS tidak mengetahui sempadan tanah itu dan beliau berharap dengan kerjasama diberi kepada pemilik tanah kepada JTS, ia boleh memudahkan pihak JTS mencapai sasaran kerjanya dan seterusnya memudahkan proses pengeluaran surat hakmilik tanah di bawah seksyen 18 kanun Tanah Negeri.

“Berdasar proses penyukatan tanah NCR Kawasan Ulu Paku yang bermula di kawasan Nanga Paun dekat Penom dan sekitarnya, pengukurannya agak perlahan kerana kurangnya mendapat sambutan daripada pamilik tanah NCR kawasan tersebut.

“JTS sekali lagi merayu kepada mereka yang tinggal di luar kawasan tersebut tetapi mempunyai tuntutan hak NCR dalam kawasan NCR tersebut untuk datang dan merintis sempadan tanah masing-masing,” katanya.

Menurut Anthony, operasi menyukat lot individu tanah NCR kawasan Ulu Paku,Spaoh di bawah Inisiatif Baru NCR tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada pemiliknya.

Menerusi pewartaan itu,secare tidak langsung tanah NCR tersebut sah menjadi  milik mereka dan ia tidak dapat dipertikai lagi dan merupakan jaminan dan pengiktirafan undang-undang ke atas pemilikan tanah NCR.

“Geran tanah yang dikeluar nanti mempunyai keistimewaan kerana pemilik tanah akan dikeluarkan surat hak milik di bawah Seksyen 18 kanun Tanah Negeri dan ia tidak akan mengenakan sebarang bayaran premium, cukai tanah tahunan, kos pengukuran dan pengurusan tanah, selain surat khas milik individu yang memberi tempoh hak milik berkekalan,” ujarnya.

Mengulas lanjut Anthony berkata.bagi mengutamakan kepentingan rakyat, kerajaan melaksana kerja pengukuran individu tanah NCR dalam kawasan yang telah diwarta.


(Sumber:  Utusan Sarawak, 1 Julai 2014)

 

 
image Polls
image Announcement