Hak Tanah Adat Kaum Dayak Diperakui

 

Hak tanah adat kaum Dayak diperakui


SOALAN
Kerajaan negeri sering dibidas berhubung isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) menerusi Inisiatif Baru NCR dan mewartakannya mengikut Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri yang didakwa merampas tanah rakyat.

Sebenarnya, ramai yang masih kurang faham mengenai isu ini dan ia dieksploitasi pihak tertentu terutama parti pembangkang negeri.

Ikuti penjelasan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Datuk Seri Michael Manyin Jawong mengenai tanah NCR ini.

?  Apakah yang dimaksudkan Tanah Hak Adat Bumiputera atau NCR?.

 !  Di bawah Seksyen 2 (a) Kanun Tanah Sarawak, ia merujuk kepada tanah adat Bumiputera yang diduduki sebelum 1 Januari 1958.

Oleh kerana masyarakat Dayak menetap di tanah masing-masing sejak beberapa generasi lalu, maka hak mereka diakui undang-undang (negeri).

Selepas 1 Januari 1958, di bawah Seksyen 5 (2) Kanun Tanah Sarawak, ia masih boleh diperoleh melalui penebangan hutan dara dan mendudukinya, menanam pokok buah buahan, bercucuk tanam dan perkuburan atau tempat pemujaan, tetapi perlu mendapatkan kebenaran kerajaan negeri dulu.

? Bagaimana hendak membuktikan tanah adat ini wujud?

! Kebanyakan masyarakat Dayak tidak mempunyai rekod bertulis terhadap tanah mereka.

Pemilikan tanah hanya secara lisan dan sempadannya ditandai dengan mengenali sesuatu tempat bertanda seperti bukit dan sungai.

Begitupun, ada sebilangan rekod pemilikan tanah adat ini yang boleh dikesan melalui Mahkamah Penghulu dan ia masih disimpan di Pejabat Daerah.

? Dapatkah masyarakat Dayak memperolehi tanah Hak Adat Bumiputera walaupun diduduki selepas tahun 1958?

!  Sudah tentu. Masyarakat Dayak dapat memperoleh hak mereka asalkan ada kebenaran diberi kerajaan negeri.

Hanya selepas 1 Januari 1958, masyarakat Dayak dibenarkan membuka dan menduduki tanah kerajaan jika mendapat kebenaran dan permit.

? Apakah tindakan yang perlu diambil untuk mempertahankan dan melindungi tanah adat?

! Pemilik tanah hak Adat boleh membuat aduan kepada jabatan kerajaan, ahli politik atau menteri berkenaan mengenai masalah tanah mereka seperti rampasan hak, pencerobohan dan kerosakan.

Namun, mereka perlu mengambil gambar dan menunjukkan bukti fizikal sebeIum tindakan diambil. Pemilik tanah juga berhak membuat laporan polis.

Mengapakah pemetaan tanah adat itu penting?

! Ia amat perlu sebagai bukti kewujudan sempadan dan asas tuntutan hak tanah adat.

Apa yang paling penting adalah untuk mengelakkan pertelingkahan antara kaum terhadap isu pemilikan tanah, lebih-lebih lagi jika komuniti itu dalam kalangan ahli keluarga sendiri.

Ada banyak kes membabitkan konflik adik-beradik yang berebut hak tanah adat Bumiputera di Mahkamah Bumiputera yang masih belum dapat diseIesai lagi sehingga kini.  Itulah sebabnya mengapa pemetaan tanah adat itu cukup penting.

(Sumber:  Harian Metro, 18 Jun 2014)

 

Best view using Mozilla Firefox and Google Chrome with web view resolution 1920 x 1080. | © Copyright of the Land and Survey Department, Sarawak (JTS). 

Copyright of this website and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therein, is owned by the owner of this website unless otherwise indicated. No part or parts of this website may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with in any manner without the express prior written consent of the owner of this website.


Last Updated On 19 Aug 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed

image Polls
image Announcement