Tanah NCR seberang Kabong akan diwarta
KABONG, Ahad - Ketua-ketua masyarakat dan penduduk sekitar Kabong tidak perlu bimbang kerana tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di kawasan seberang Kabong akan disukat perimeter seterusnya diwartakan sebagai Rezab Komunal Bumiputera (Pertanian) di bawah seksyen 8 Kanun Tanah Negeri.
Pegawal Penyelesaian tanah, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) bahagian Betong, David Laeng (gambar) berkata pewartaan tanah NCR tersebut merupakan satu jaminan pemilikan tanah NCR supaya rakyat dapat meningkatkan pendapatan dan membawa kesejahteraan ekonomi kepada pemilik tanah berkenaan.
“Tanah NCR di kawasan seberang Kabong yang telah diwartakan akan disukat dengan lot-lot individu tertakluk kepada tuntutan masing-masing. Pada langkah kedua ini, JTS memerlukan kerjasama daripada pemilik-pemilik tanah dalam menentukan sempadan tanah masing-masing.
‘Usaha ini bagi membolehkan JTS menjalankan kerja-kerja pengukuran secara terperinci bagi memudahkan pengeluaran surat hak milk tanah di bawah seksyen 18 Kanun Tanah Negeri,’ katanya.
Beliau berkata demikian semasa bercakap pada MajIis Dialog Inisiatif Baru NCR di Dewan Persatuan Nelayan Kabong hari ini.
Jelas David, di bawah seksyen 18, pemilikan atau tempoh tanah tersebut adalah secara pegangan kekal tidak ada bayaran premium serta tidak ada bayaran cukai tahunan dikenakan dan semuanya ditanggung oleh pihak kerajaan.
“Penduduk kawasan Kabong sepatutnya berasa bersyukur kerana kawasan NCR yang mereka perjuangkan selama ini akhirnya diluluskan oleh kerajaan meskipun pada Iangkah pertama hanya disukat perimeter dan diwartakan sebagai Rezab Guna Sama (Pertanian) Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri,”katanya.
Jelasnya, adalah menjadi tanggungjawab jabatan untuk melaksanakan dan menjayakan apa juga polisi kerajaan yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan rakyat.
Disebabkan itu katanya, peranan ketua-ketua masyarakat dan ketua-ketua kaum amat diperlukan dalam meyakinkan pihak-pihak lain dan menyampaikan polisi ini memandangkan ia dapat memberi manfaat kepada pemilik tanah NCR.
Katanya, ini akan dapat menepis tanggapan negatif masyarakat yang mengatakan kerajaan dengan sewenang-wenangnya mengambil tanah NCR seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak yang tidak bertanqgungjawab.
Beliau berkata, bagi pemiIik tanah yang telah menghantar permohonan untuk pengukuran tetapi kerja pengukuran belum lagi bermula di kawasan mereka, diharap bersabar dan memberi masa kerana JTS berusaha untuk memenuhi permintaan untuk pangukuran tanah NCR.
Sementara itu, Penghulu Kabong Haji Jarawi Amir berkata beliau menyokong penuh hasrat JTS untuk menyukat tanah NCR kawasan seberang Kabong dan pengukuran tanah NCR tersebut terus disukat dengan lot-lot individu sebagai Iangkah terakhirnya.
“Kami amat berterima kasih kepada kerajaan terutamanya JTS kerana akhirnya dapat menunaikan impian penduduk di sini untuk melihat tanah NCR di kawasan seberang Kabong disukat dan usaha itu telah menunjukkan komitmen kerajaan untuk membantu rakyat di sini,’katanya.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah wakil Ketua Polis Daerah Saratok, ASP Zamrul Ahmad Tahir, Penghulu Saini Mahli, Pengerusi Jawatankuasa Peneroka Tanah Pesaka Seberang Kabong, Hamlit Junaidi dan ketua-ketua masyarakat.
(Sumber: Utusan Sarawak, 16 Jun 2014)
