Penyukatan Tanah JTS Perlu Untuk Menentukan Hak Milik

 

Penyukatan tanah JTS perlu untuk menentukan hak milik


BINTULU: Kerja-kerja penyukatan tanah yang dilakukan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) amat perlu supaya dapat ditentukan hak milik tanah-tanah yang ada di sesuatu tempat.

Menteri Muda Pelancongan merangkap AhIi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip berkata pembangunan perlukan tanah rakyat, juga perlukan tanah yang memperlihatkan kedua-duanya sama-sama menuntut.

Begitupun, bantuan kerajaan melalui JTS melaksanakan kerja-kerja pengukuran tanah pada hari ini merupakan jalan terbaik untuk menangani permasalahan itu.

“Tetapi sekiranya berlaku perteIingkahan mungkin usaha-usaha itu tidak akan menjadi kenyataan,” katanya pada Majils Penyampaian Warta Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri Sungai Semadang-Sungai Sebuan dan Program Penghayatan 1 Malaysia Peringkat Bintulu di Balai Raya Kampung Jepak semalam.

Katanya tanah adat mempunyai nilai tinggi dalam budaya masyarakat terutama kepada golongan petani termasuk nelayan yang terlibat dalam kerja-kerja pertanian.

Justeru, amat penting menentukan hak milik tanah-tanah yang ada supaya tidak berlaku masalah antara penduduk sekali gus mengharapkan agar usaha-usaha pengukuran tanah untuk rakyat di negeri ini diteruskan dan mendapat kerjasama.

“Bergaduh mengenainya tidak akan mendatangkan hasil malah hanya memberi rasa gembira kepada golongan yang suka mengkritik dan membuat kacau,” ujarnya.

Talib berkata kerja-kerja pengukuran tanah bukan menguntungkan sesiapa sebaliknya pemilik tanah sendiri yang menikmati hasilnya.

Katanya untuk yang suka mengkritik dan mempunyai pemikiran negatif dengan melihat diri mereka sahaja yang betul mereka sebenarnya tidak mampu berbuat apa-apa.

Terdahulu, lima Warta Seksyen 6 kawasan Sungai Semadang-Sungai Sebuan melibatkan kawasan seluas 855 ekar milik penduduk kampung di Kampung Jepak disampaikan kepada lima ketua kampong.

Turut hadir Penguasa JTS Bahagian Bintulu Ramzi AbdiIlah, Pemangku Pegawai Penerangan Daerah Bintulu Walter Sideu, Pegawai Tadbir Sarawak mewakili Pegawai Daerah Bintulu Muhammad Dino Amid dan Penghulu Drahman Kawi.

(Sumber: Utusan Borneo, 25 Mei 2014)

 
image Polls
image Announcement