Ukur Tanah NCR Bersama

 

Ukur tanah NCR bersama


KUCHING:  Kerja pengukuran tanah Hak Adat  Bumiputera (NCR) dijalankan bersama antara kerajaan negeri dan pusat pada tahun hadapan berikutan ke!uasan tanah melebihi sejuta hektar, sekali gus membolehkan kerajaan mengeluarkan surat hak milik kepada penduduk.

Timbatan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, kerja pengukuran tanah itu bermula sejak  2010 masih memerlukan masa kerana kos tinggi,  namun ditanggung kerajaan pusat.

Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) memberikan kepercayaan kepada Menteri  Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas bagi memantau kelancaran kerja penyukatan perimeter tanah NCR di Sarawak sebelum mengeluarkan surat hak milik individu mengikut Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri yang tiada tarikh tamat tempoh,” katanya pada Majlis Makan Malam anjuran Kelab Rekreasi dan Sosial Saribas, di sini kelmarin.

Majlis dihadiri Menteri Muda Muda Kebajikan Robert Lawson Chuat, Ahli Parliamen Lubok Antu William Nyalau Badak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkili Dr Johnicol Rayong  Ngipa.

(Sumber:  Harian Metro, 16 Disember 2013)

 

 
image Polls
image Announcement