Kerajaan Tidak Akan Bertindak Rampas Tanah Rakyat - Mong

 

Kerajaan tidak akan bertindak rampas tanah rakyat - Mong


SRI AMAN, Sabtu - PemiIik Tanah Hak Adat Bumiputra (NCR) dalam negeri ini diingat agar tidak mudah terpedaya dengan hasutan pihak pembangkang yang kini terdesak mahu meraih sokongan politik daripada mereka pada masa sekarang.

Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan  Dan Pemasaran), Datuk Mong Dagang berkata demikian pada Majlis Penvampaian Geran Peruntukan Kewangan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN)  Bukit Begunan di Parish Hall, Saint John Chapel, Melugu, Sri Aman kelmarin.

Katanya pihak pernbangkang kini dilihat mahu menjadikan pelan Inisiatif Baharu Penyukatan Tanah NCR sebagai satu isu untuk memutarbelit fikiran rakyat dengan mendakwa  bahawa kerajaan kononnya mahu merampas tanah mereka menerusi program tersebut.

Kerajaan telah memperuntuk sejumlah wang yang banyak bagi meIaksanakan Inisiatif Baharu Penyukatan Tanah NCR agar rakyat mendapat impak positif setelah tanah mereka disukat menerusi pelan tersebut.

“Lagipun kebanyakkan tanah NCR telah dibangunkan  oleh kerajaan dengan projek pertanian komersial seperti  penanaman sawit, getah dan sebagainya..ia membuktikan bahawa kita berusaha  membangunkan hidup rakyat dan bukannya merampas tanah mereka,”  katanya.

Sementara itu Monk juga menasihatkan penerima peruntukan Projek Kecil Luar Bandar  (MRP) agar menggunakan bantuan kewangan kerajaan itu untuk menyelesaikan masalah di penempatan masing-masing.

Peruntukan  itu kata beliau misalnya mungkin boleh digunakan untuk membantu mana mana  rakyat di penempatan masing masing untuk mernbayar wang pendahuluan cukai pintu bagi setiap rumah kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Ia mungkin boleh menyelesai masalah kelewatan memhayar cukai pintu rumah kepada PBT dikalangan rakyat dalam kawasan tadbir JKKK masing rnasing dengan ada bantuan MRP tersebut,” katanya.

Hadir sama ialah Setiausaha Sulit kepada Datuk Mong, Howard Tambom, wakil  Penerangan Sri Aman, SaIIeh Imun, Pengerusi Saint John Chapel, Patrick Indit , Kanselor Ronald Chenghir, Kanselir Tr Milu Gue dan penerima cek MRP.

Terdahulu Mong pada majlis itu telah pun menyerahkan cek peruntukan MRP yang mencatat nilai keseluruhan berjumlah RM127,000 kepada 24 buah kepada JKKK, Biro Wanita dan persatuan dan kawasan Banting, Batu Besai, Melugu, Panggil, Selepong dan Gua.


Beliau juga turut rnengumumkan peruntukkan bagi tahun 2014 kepada Women Fellowships Saint John Chapel sebanyak RM5,000 bagi kegunaan mereka melaksanakan aktiviti dan program pada masa akan datang.

(Sumber:  Utusan Sarawak, 8 Disember 2013)

 
image Polls
image Announcement