JTS Luluskan 416 Permohonan Pengukuran NCR Inisiatif Baharu

 

JTS luluskan 416 permohonan pengukuran NCR inisiatif Baharu


KUCHING, Selasa — Sehingga Oktober tahun ini, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) meluluskan 416 daripada 583 permohonan untuk pengukuran perimeter NCR Inisiatif Baharu yang rnelibatkan kawasan seluas 671,688 hektar, kata Menteri Tugas-Tugas Khas, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem.

Beliau rnenambah, sebanyak 167 permohonan lagi sedang diproses untuk kerja-kerja pengukuran manakala 257 kawasan seluas 349,086 hektar sudah dilaksanakan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 121 kawasan dengan kelulusan 239,292 hektar diwartakan sebagai Rizab Gunasama Bumiputera (Pertanian) di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.

“Daripada jumlah, itu juga 121 kawasan telah diserahkan kepada ketua masyarakat dan komuniti berkenaan manakala 66 lagi akan diserahkan dalam masa terdekat, katanya.

Beliau berkata demikian pada Ucapan Penggulungan Persidangan Hari Ketujuh
Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di
sini, hari ini.

Adenan menegaskan, pemohonan yang dilakukan secara individu akan dilaksanakan di peringkat kedua setelah pengukuran perimeter siap dan kawasan ini diwartakan di bawah sekyen 6 Kanun Tanah Negeri.

(Sumber:  Utusan Sarawak, 27 November 2013)

 
image Polls
image Announcement