NCR: 671,688 Hektar Tanah Diluluskan Untuk Disukat

 

NCR: 671,688 hektar tanah diluluskan untuk disukat


KUCHING 26 Nov. - Sebanyak 416 permohonan membabitkan tanah seluas 671,688 hektar di seluruh negeri telah diluluskan dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini untuk disukat menerusi Pelan Inisiatif Baharu Hak Adat Bumiputera (NCR).

Menteri Tugas-Tugas Khas negeri, Tan Sri Adenan Satem berkata, setakat ini, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) telah selesai menyukat perimeter di 257 kawasan dengan keluasan 349,086 hektar.

Daripada jumlah itu katanya sebanyak 187 kawasan seluas 239,292 hektar telah diwartakan sebagai Rizab Gunasama Bumiputera (Pertanian) di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.

“Sebanyak 121 kawasan telah diserahkan kepada ketua masyarakat yang mewakili komuniti masing-masing manakala 66 lagi akan diserahkan dalam masa terdekat,” katanya dalam ucapan penggulungan peringkat kementerian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dl sini hari ini.

Mengulas lanjut, Adenan yang juga Menteri di Pejabat Ketua Menteri memberitahu pengukuran tanah secara individu pula akan dilaksanakan selepas pengukuran perimeter siap dilakukan dan diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.

“Setakat ini, kita telah melaksanakan pengukuran lot individu di Kampung Skuduk dan Kampung Pisa di Kuching dan hasilnya, sejumlah 544 surat hak milik tanah individu melibatkan 330 pemilik telah dikeluarkan.

“SejumIah 159 kawasan yang teIah diluluskan untuk pengukuran lot individu rnasih siap disukat dan daripada jumlah itu, kerja pengukuran di 89 kawasan tergendala kerana berdepan pelbagai masalah termasuk pertikaian sempadan, katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, menerusi Bajet 2014, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi membiayai Program Khas Golongan Bumiputera Minorki Sarawak (PGBMS).

Daripada jumlah itu katanya, sebanyak RM30 juta diperuntukkan bagi program pengukuran pelan Inisiatif Baharu NCR.

(Sumber:  Utusan Malaysia, 27 November 2013)

 

Best view using Mozilla Firefox and Google Chrome with web view resolution 1920 x 1080. | © Copyright of the Land and Survey Department, Sarawak (JTS). 

Copyright of this website and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therein, is owned by the owner of this website unless otherwise indicated. No part or parts of this website may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with in any manner without the express prior written consent of the owner of this website.


Last Updated On 06 Aug 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed

image Polls
image Announcement