Bajet 2014 Iangkah berani PM dan k’jaan untuk capai negara maju
SIBU: Bajet 2014 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kelmarin merupakan satu langkah yang amat berani yang diambil oleh beliau dan kerajaan.
Setiausaha Politik Ketua Menteri, Andrew Shilling Bangit berkata langkah berani yang diambil oleh Perdana Menteri itu amat penting dalam membantu mencapai sebuah negara maju menjelang 2020.
“Persediaan yang dibuat oleh Perdana Menteri itu merupakan satu langkah berani dalam membantu negara mencapai sebuah negara maju menjelang 2020,” katanya di sini semalam.
Menurut Andrew, Bajet 2014 juga menunjukkan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengotakan janjinya yang dibuat ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.
Katanya, seperti meneruskan kerja-kerja perimeter survei tanah NCR, membina Lebuh Raya Pan Borneo, menambah pembangunan infrastruktur dan projek utiliti di luar bandar.
“Kerajaan juga menunaikan janji menaikkan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), meluaskan liputan jalur lebar diluar bandar, pembangunan pertanian dan pendidikan,” jelas beliau sambil menyambut baik Bajet 2014 secara keseluruhan.
Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) Cawangan Sibu, Rebecca Saliman pula sedikit kecewa dengan Bajet 2014 berikutan tiada peruntukan khas kepada golongan ibu tunggaL
“Selaku mewakili ibu tunggal di Sibu, kita sedikit kecewa kerana tiada peruntukan atau bantuan khas diumumkan oleh Perdana Menteri untuk ibu tunggal dalam bajet ini,” katanya.
Menurut Rebecca, beliau pernah menyuarakan permohonan kepada Perdana Menteri menerusi laman sosial agar tidak mengetepikan golongan ibu tunggal dalam belanjawan negara.
Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana kerajaan menaikkan bayaran BR1M 3.0 daripada RM500 kepada RM650 yang dinikmati kebanyakan golongan ibu tunggal.
“Kita juga menyambut baik pemberian bonus setengah bulan gaji serta bayaran khas sebanyak RM250 kepada kakitangan kerajaan. Dengan bantuan ini, kita dapat menggunakannya untuk perbelanjaan sekolah anak-anak nanti,” jelas Rebecca.
Bagi seorang pembawa beca, Abdul Rahman Adam, 68, kenaikan bayaran BR1M 3.0 sedikit sebanyak membantu golongan berpendapatan rendah seperti mereka.
“Sebelum ini minyak petrol dan diesel naik rnenyebabkan banyak barang lain naik Oleh itu, kenaikan BR1M sedikit sebanyak dapat meringankan beban kita,” ujarnya.
Abdul Rahman juga berharap pemberian BR1M akan diteruskan dan ditambah pada tahun-tahun akan datang.
(Sumber: Utusan Borneo, 27 Oktober 2013)