Snowdan kekal Pengerusi Bahagian PRS Balai Ringin
BALAI RINGIN, Rabu - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snow dan Lawan berjaya mengekalkan jawatan pengerusi Pengerusi Bahagian Parti Rakyat Sarawak (PRS) N.25 BaIai Ringin untuk penggal 2013-2016 hari ini.
Snowdan mengetuai senarai baharu jawatankuasa PRS N.25 Balai Ringin yang turut dianggotai oleh TR Johnny Lumi (Timbalan Pengerusi), TR Barnabas ak Majang (Naib Pengerusi, TR Jeli ak Lebat (Setiausaha), Unga ak Dana (Penolong Setiausaha), Adam Ak Esa (Bendahari), Lama ak Bungkol (Penolong Bendahari), Kapitan Lee Khin Onn (Penerangan).
AhIi Jawatankuasa (AJK) pula terdiri daripada Jugu ak Badi, Jinggang ak Jugam, TR Bloka ak Ajan, Unpan ak Mari, Jilie ak Liat, TR Story ak Nyaun. Stunton ak Rantai, Menggong ak Bukong, Disa ak Belili, TR Manai ak Tan, TR Kendy ak Simadu, TR Tagok ak Kabok, Randie ak Gasan, TR Ubeng ak Empeni, TR Jawan ak Angum, Pasang ak Chuking, Dilang ak Letan, TR Abi ak Lamat, TR Udin ak Surek.
Manakala, TR Rentap ak Gasan dipilih sebagai Ketua Pemuda dan Ricky ak Pree (Setiausaha Pemuda), Sula ak Atin (Ketua Wanita) dan Mary ak Saing dipilih sebagai Setiausaha Wanita.
Proses pemilihan jawatankuasa baharu bagi tahun 20l3 2016 pada Mesyuarat Tahunan PRS N.25 Balai Ringin yang berlangsung di Dewan Serbaguna Balai Ringin itu diPengerusikan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Wilson Nyabong dengan dibantu oleh pegawai pegawai daripada ibu pejabat PRS.
Seramai 20 orang pemerhati daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang diketuai oleh Temenggong Anthony ak Nyipa.
Dalam pada itu, antara usul yang dibentangkan dalam minit mesyuarat jawatankuasa baharu 2013-2016 adalah Jabatan Tanah dan Ukur diminta untuk mempercepatkan proses perimeter survei ke atas Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di mana peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru baru ini bagi tujuan menyambung proses perimeter survey.
Jawatankuasa tersebut juga mencadangkan kepada kerajaan agar mewujudkan satu Agro Based Cluster di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringin.
Jelasnya, industri utama di Balai Ringin adalah pertanian seperti kelapa sawit, lada, getah, pisang, nanas dan sebegainya, maka melalui konsep kluster itu, satu Program Satelit Inkubator dicadangkan dan ditumbuhkan yang membolehkan pengusaha kebun kecil yang terpilih akan ditempatkan di dalam program.
Menurutnya, kerajaan telah pun mengenal pasti beberapa buah negeri yang akan menggunakan program ini termasuklah negeri ini.
Justeru, melalui program tersebut, khidmat dan bantuan yang akan disalurkan kepada pengusaha yang terpilih adalah seperti bantuan infrastruktur bagi kawasan yang diusahakan, bangunan dan peralatan mesin; bantuan dari segi khidmat saluran pasaran; dan juga membantu pengusaha pengusaha yang berjasa untuk mendapatkan pinjaman daripada kerajaan dan institusi kewangan.
Usul seterusnya, jawatankuasa baharu sebulat suara bersetuju bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dikekalkan dan tidak usah ditanding.
Usul terakhir yang dikemukakan, PRS N.25 Balai Ringin juga memberi sokonga dan kerjasama yang penuh kepada semua pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan juga PRS. Terdahulu, mesyuarat berkenaan dihadiri kira kira 500 orang antaranya. Penghulu Rungka ak Jimbai. Penghulu Asai ak Bijak, Penghulu Beliang ak Jubang, Penghulu Ali ak Danjie dan Penghulu Pelie ak Jumbu dan rombongan daripada ibu pejabat PRS.
(Sumber: Utusan Sarawak, 1 Ogos 2013)
