Kesedaran Sukat NCR Meningkat

 

Kesedaran sukat NCR meningkat


SERIAN: Permohonan untuk menyukat tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak bertambah dengan drastik, sekali gus menunjukkan tahap kesedaran pemilik-pemilik tanah NCR di negeri ini yang semakin meningkat.

Menteri Tugas-tugas Khas Tan Sri Adenan Satem berkata, peningkatan permohonan penyukatan tanah NCR itu menunjukkan rakyat di negeri ini yakin dan percaya usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam menyelesaikan konflik berkaitan tanah NCR di Sarawak.

Malah, tegasnya, Iangkah berterusan yang dilaksanakan itu menyangkal dakwaan pihak pembangkang terutamanya isu berkaitan merampas tanah NCR milik rakyat di negeri ini.

“Terdapat peningkatan permohonan penyukatan tanah NCR yang diterima oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak di mana antara JTS telah menerima kira-kira 600 permohonan.

“OIeh itu, ia menunjukkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terutamanya usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah berkaitan tanah NCR,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Warta Rizab Gunasama (Pertanian) Bumiputera dan Penyampaian Surat Hak Milik Tanah melibatkan 32 kampung di tujuh kawasan di Dewan Masyarakat Serian, semalarn.

Tujuh kawasan yang melibatkan tanah seluas 3,484.24 hektar itu adalah kawasan Kampung Antayan, Semukoi dan Stigang Semukoi Serian; kawasan Kampung Triboh Antayan Keropok dan Tepin Serian; kawasan Karnpung Riih Serian; kawasan Sungai Mawang Riih Serian; kawasan Kampung Baki Tanjung Serian; kawasan Kampung Semera Sadong Jaya; dan kawasan Kampung Endap Samarahan.

Pada masa yang sama, Adenan mengingatkan penghulu atau ketua-ketua kampung agar memaklumkan dan menunjukkan kepada penduduk di kampung masing-masing surat hak milik tanah kampung yang telah diwartakan.

“Setelah menerima surat hak milik kampung ini jangan pula kamu simpan kerana ia perlu ditunjukkan kepada penduduk supaya mereka tahu bahawa kampung mereka ini telah diwartakan,” tegasnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup Martin Ben meminta agar pemilik-pemilik tanah NCR di negeri ini memberi kerjasama dengan penguatkuasa JTS untuk memudahkan kerja-kerja penyukatan tanah mereka.

Tambahnva, kerja-kerja penyukatan tanah itu memerlukan kerjasama sepenuhnya dan pemiIik tanah agar masalah berkaitan tanah NCR tidak berlaku.

Berdasarkan inisiatif baharu NCR yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerja-kerja penyukatan tanah NCR yang bermula 2010 dan diteruskan sehingga 2015 di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).

Hadir sama Penguasa JTS Bahagian Samarahan Rozlan Putit.

(Sumber:  Utusan Borneo,  21 Jun 2013)

 

 
image Polls
image Announcement