Selesaikan terus isu tanah NCR
Jika anda bercakap dengan orang dan luar yang pernah menjelajah ke seIuruh Sarawak, mereka akan mengatakan bahawa Sarawak begitu kaya dan mempunyai tanah yang banyak. Kenyataan itu tidaklah keterlaluan. Apakah yang tidak ada di Sarawak dari segi sumber asli? Sarawak dengan keluasan hampir sebesar Semenanjung mempunyai banyak Tanah Adat Bumiputera (NCR).
Jika anda mengikuti isu kempen menjelang setiap pilihan raya di Sarawak untuk Iebih 20 tahun lalu, ini adalah isu duri dalam daging bagi Kerajaan Barisan Nasional (BN). Isu NCR membabitkan kaum Bumiputera yang tinggal di luar bandar dan pedalaman.
Menyedari kepentingan dan sensitiviti isu terbabit, baru-baru ini ketika mengunjungi Sarawak untuk kesekian kali, Perdana Menteri mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan memperuntukkan dana berjumlah RM30 juta bagi meneruskan usaha pengukuran perimeter tanah adat Bumiputera dl Sarawak pada tahun depan. Datuk Seri Najib Razak, berkata sebelum ini Kerajaan Pusat telah memperuntukkan sejumlah RM60 juta untuk kerja pengukuran tanah itu sebagai proses mengesahkan hak pemilikannya.
Pertambahan peruntukan itu adalah satu berita gembira bagi penduduk terbabit, tidak kira mereka Bidayuh, Melanau, Iban atau Orang Ulu. Peruntukan berkenaan adalah untuk tempoh 2014 dan 2015 bagi membolehkan 681,739 hektar lagi tanah NCR di Sarawak selesai pengukurannya.
Setakat ini, dikatakan 320,000 hektar tanah NCR telah diukur dan 152,000 hektar sudah diwartakan. Sesungguhnya, usaha melaksanakan pengukuran tanah NCR adalah salah satu bukti aku janji Barisan Nasional (BN) di Sarawak dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ditunaikan.
Warisan perlu dipertahankan
Mengapakah isu tanah NCR itu sentiasa menggelegak dalam setiap pilihan raya? Mengapakah Bumiputera Sarawak, dan jug a Sabah begitu mengutamakan tanah? Bagi penduduk di luar bandar, tanah bukan saja penting untuk bercucuk tanam. tetapi tanah aset berharga. Malah, tanah dianggap sebagai warisan yang perlu dipertahankan untuk survival generasi kemudian. Memang, Bumiputera Sarawak, khususnya kaum Iban kaya dari segi tanah, tetapi miskin dari segi pendapatan.
Di bawah inisiatif kerajaan negeri, sesetengah pemilik tanah NCR menjalinkan kerjasama dengan sektor swasta dan berjaya meraih pendapatan Iumayan. Penggunaan teknologi moden memungkinkan tanah terbabit diterokai dan ditanam dengan pelbagai jenis tanaman, termasuk kelapa sawit.
Meskipun tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, langkah pragmatik yang diambil oleh Perdana Menteri itu memperlihatkan kesungguhan beliau untuk melihat masalah berkenaan diseIesaikan dengan segera. Beliau tidak mahu isu itu berlarutan sehingga menjadi isu dalam setiap pilihan raya. Kerajaan tidak boleh mengambil sikap mudah terhadap isu itu. Kerajaan negeri yang menjadi sasaran kritikan ikan dan kecaman penduduk terbabit perlu bersikap responsif dan menerima baik pandangan pelbagai pihak.
Sebenarnya, penyelesaian isu tanah NCR itu adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bumiputera Sabah dan Sarawak yang dipengerusikan oleh Per- dana Menteri. Jawatankuasa itu yang ditubuhkan pada 2010 secara khusus berusaha untuk meneliti dan menyelesaikan pelbagai isu membabitkan pendidikan, prasarana, kemiskinan dan seumpamanya di kedua-dua negeri itu. Tetapi sesudah begitu banyak menteri dan Sabah dan Sarawak dalam Kabinet Persekutuan, masih relevan dan perlukah jawatankuasa itu?
Isu Sering Diperkatakan
Isu yang pentin ialah. bagaimaiiakah ker ajaan negeni dapat menangkis persepsi - betul atau salah - bahawa ia merampas tanah rakyat? Memang diakui bahawa kerajaan negeri banyak memberi tanah melalui pemberian geran tanah kepada penduduk, tetapi hakikat bahawa berlaku sesuatu yang tidak kena dari segi pengambilan tanah NCR.
Jika 40 atau 50 tahun lalu, tanah NCR di pedalaman dan luar bandar Sarawak kurang bernilai dan segi ekonomi, dan tidak ramai yang berminat memilikinya, tetapi sesudah meledaknya permintaan terhadap minyak kelapa sawit, maka tanah itu segera menjadi begitu bernilai.
Pada waktu itu, nilainya hanya RM100 atau RM200 0.4 hektar tetapi kini ada yang mencecah RM4,000 sehektar. Mereka yang memiliki tanah yang luas dapat saja menukarkannya menjadi ladang kelapa sawit yarlg menjanjikan pendapatan yang lumayan. Difahamkan sesetengah pihak yang dianugerahkan tanah berkenaan oleh pemimpin elit negeri segera mencari pembeli. Ada yang menjadi jutawan segera.
Sesetengah pihak mahu kerajaan negeri mengukur tanah NCR mengikut Seksyen 18 Kanun Tanah, dan bukannya di bawah Seksyen 6 bagi membolehkan geran berasingan dan persendirian diberi.
Pemilik tanah pribumi tidak mahu berlaku, apabila tanah mereka diukur mengikut Seksyen 6, maka ia akan dikategorikan sebagai rizab komunal pribumi. Mereka bimbang jika tanah berkenaan diambil kerajaan kemudian hari, mungkinkah mereka akan diberi pampasan? Yang diperlukan oleh rakyat sekarang ialah mereka diberikan geran persendirian.
(Sumber: Berita Harian, 15 Jun 2013)
