Rakyat gembira Najib peruntuk dana untuk bangun tanah NCR
SRI AMAN, Isnin - Pengumuman peruntukan dana berjumlah RM30 juta oleh Perdana Menteri, Datuk Patinggi Mohd Najib Razak bagi tujuan pengukuran perimeter Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) negeri ini nyata rnenggembirakan rakyat.
Ini kerana pengumuman peruntukan dana terbabit bagi mereka telah membuktikan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mengiktiraf tanah NCR milik rakyat dalam negeri ini.
Ia menguatkan lagi keyakinan semua rakyat berhubung usaha kerajaan untuk menerus kerja rnenyukat tanah NCR milik rakyat bagi tahun 2014 dan 2015, kata Ebit Seng, 32, dari Melugu, Sri Aman.
Beliau yang sering mengikuti perkembangan hal ehwal tanah NCR di negeri ini berkata pertambahan jumlah peruntukan itu sekaligus mernbuktikan bahawa salah satu dari manifesto Aku Janji BN pada pilihan raya Iepas telah pun dilaksanakan.
Manakala itu Ruma, 34, dari Sungai lndai, Simunjan pula menyokong penuh tindakan Kerajaan Pusat dalam menambah jumlah peruntukan dana untuk menjayakan kerja menyukat tanah NCR di negeri ini bagi tahun 2014 dan 2015.
Ia tambahan peruntukan sebanyak RM30 juta berbanding RM60 juta sebelum ini. Saya yakin pertambahan jumlah peruntukan itu akan dapat melicinkan lagi kerja menyukat tanah NCR yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Tanah Dan Survei Sarawak.
“Justeru semua rakyat perlu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan BN kerana begitu prihatin terhadap kehendak pemilik tanah NCR yang mahu tanah mereka diiktiraf selama ini,’ katanya.
Terdahulu Najib ketika mengumumkan perkara itu pada Majils Upacara Ngabang Gawai Dayak di Betong kelmarin berkata tambahan peruntukan itu akan melancarkan lagi kerja menyukat sebanyak 680,000 hektar tanah adat di negeri ini.
(Sumber: Utusan Sarawak, 11 Jun 2013)
