Pembangunan ekonomi Sarawak rancak
KUCHING, Isnin — Yang Di Pertua Negeri, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin berpuas hati dengan tahap pembangunan ekonomi Sarawak yang semakin rancak walaupun suasana pertumbuhan ekonomi dunia yang perlahan khususnya di negara-negara maju.
Beliau percaya kekuatan negeri Sarawak adalah kerana adanya komitmen dan dasar kerajaan yang mesra pembangunan.
Menurutnya, di peringkat persekutuan, kerajaan telah berjaya melaksanakan Program Transformasi Ekonomi yang memberi fokus kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI).
Di peringkat negeri pula saya melihat pelaksanaan Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) berjaya meyakinkan para pelabur dan komuniti perniagaan terhadap prospek ekonomi negeri Sarawak.
Ini dapat dilihat melalui peningkatan aktiviti pelaburan swasta yang membuka banyak peluang ekonomi kepada rakyat, katanya dalam ucapan pembukaan persidangan penggal ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) Ke 17 di sini hari ini.
Katanya pembinaan infrastuktur oleh kerajaan di SCORE seperti jambatan dan jaringan jalan raya ke empangan empangan hidro juga memberi faedah yang besar kepada rakyat khususnya sebagai pemangkin transformasi pembangunan di luar bandar.
Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada kerajaan kerana usaha transformasi ekonomi ini mendapat pengiktirafan oleh Bank Dunia, kedudukan Malaysia dalam aspek kemudahan menjalankan perniagaan telah bertambah baik dan tangga ke 18 pada tahun ini.
Saya yakin dengan pengiktirafan ini, kita berada di landasan yang tepat ke arah mencapai Wawasan 2020, ujarnya.
Katanya, beliau juga gembira kerana kerajaan amat komited dalarn menyediakan keperluan rakyat di kawasan luar bandar, agenda transformasi luar bandar diperlukan untuk memastikan rakyat di luar bandar dapat menikmati kemudahan kemudahan asas yang setaraf dengan rakyat di bandar.
Saya menyeru supaya kerajaan terus melaksanakan projek kemudahan asas seperti jalan raya, bekaIan air dan elektrik serta program bantuan rumah bagi kesejahteraan hidup rakyat di luar bandar, jelasnya.
Menurutnya lagi, program-program transformasi baru bandar turut melibatkan pembangunan ekonomi, ia merangkumi pembukaan kawasan baru untuk tujuan perladangan, projek-projek pertanian, perikanan dan pembuatan kraf tangan.
Kerajaan juga sedang melaksanakan inisiatif survei perimeter ke atas Tanah Adat Bumiputera, kerajaan turut mengambil berat terhadap pendidikan dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat di luar bandar, katanya.
Katanya, ini terbukti dengan pembinaan sekolah-sekolah dan pusat-pusat latihan teknikal di kawasan Iuar bandar, perkhidmatan doktor udara dan klinik berrgerak satu Malaysia juga dilaksanakan untuk kemudahan rakyat yang tinggal jauh di pedalaman.
Kerajaan juga telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan di seluruh negara, termasuk negeri Sarawak, penurunan kadar kemskinan di Sarawak daripada 5.3 peratus pada tahun 2009 kepada 2.4 peratus pada tahun 2012 jelas menunjukkan bahawa projek-projek pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat, katanya.
(Sumber: Utusan Sarawak, 21 Mei 2013)
