Lapan rumah panjang terima warta pemberitahuan tanah NCR
SIBU, Sabtu - Lapan rumah panjang di pelbagai Iokasi Sungai Musah dan Sungai Takan, Katibas, daerah Song, menerima warta pemberitahuan tanah NCR, Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri untuk penyukatan ukur keliling tanah NCR di bawah inisiaif baharu di Rumah Puso anak Ketupong, Sungai Musah, Khamis lalu.
Majlis anjuran dianjurkan oleh Jabatan Tanah dan Survei itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Katibas, Datuk Ambrose Blikau dan Datuk Alexander Nanta Linggi. Ambrose Blikau dan Alexander Nanta kemudian menyampaikan Warta Pemberitahuan itu kepada wakil lapan rumah panjang terbabit.
Rumah-rumah panjang terbabit ialah Rumah Jarop di Nanga Sepadi, Rumah lkau di Nanga Musah, Rumah Julia di Nanga Miaw, Rumah Philip di Nanga Semulong, Sungai Musah, Rumah PiIlai di Nanga Miaw, Rumah Dampol di Sungai Musah, Rumah Lapok di Nanga Senyaro, Sungai Musah dan Rumah Tibong di Nanga Rarong Katibas.
Menurut Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Kapit, Norlina Ra’ee, penyukatan ukur keliling tanah NCR di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri itu merupakan langkah permulaan bagi menentukan status tanah NCR sebagai risab kampung di bawah Program Inisiatif Baru Kerajaan.
Sejurus selesai, katanya, kerja-kerja menyukat tanah individu di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri akan dilakukan untuk pengeluaran surat hak milik jika tidak berlaku sebarang pertikaian mengenai sempadan tanah.
Beliau berkata, salah satu kebaikan tanah NCR yang diberikan surat hak milik di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri ialah pemiliknya tidak perlu membayar premium tanah dan pemilikannya adalah tetap.
Setakat 30 April 2013, beliau berkata, sebanyak 17 lokasi di daerah Kapit telah diluluskan bagi penyukatan ukur keliling tanah NCR di bawah program inisiatif baharu itu dan 10 daripadanya meliputi kawasan seluas 28,000 hektar atau 60,000 ekar sudahpun disukatkan.
Bagi kawasan Sungai Musah dan Sungai Takan yang melibatkan lapan rumah panjang dengan 137 keluarga mengandungi 960 orang, katanya, penyukatan ukur kelilingnya diluluskan oleh kerajaan pada 24 Januari, 2011 yang meliputi kawasan seluas 1,218.2 hektar atau 3,010 ekar.
“Penyukatan ukur keliling tanah terbabit dijalankan pada 9 Mac 2012 dan siap pada 5
April 2012 oleh empat pasukan kakitangan Jabatan Tanah dan Survei Sibu dan digazet pada 27 November, 2012, di bawah Gazet No. L.N 158, kawasan gazet Lot 84, BIok 19, Katibas Land District dan Lot 6, Blok 1 Bangkit Land District.” katanya.
Hadir sama Pegawai Daerah Song, Galong Luang, seorang Setiausaha Politik Ketua Menteri, Tengku Geruna, Penyelia Kanan Kemas Kapit, Ambrose Abong Bugek, Pemanca Gudang Geramong, Penghulu Galau Melina dan Penghulu Sumpeng.
(Sumber: Utusan Sarawak, 5 Mei 2013)