Beri Najib mandat Iebih besar
KUCHING, Sabtu- Amatlah penting bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberi mandat yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) ini bagi membolehkan beliau terus memimpin Malaysia dan memastikan kesinambungan dalam program transformasi dan pembangunan beliau.
Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar 2 Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan berkata sejak Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri, Sarawak sehingga kini telah menerima peruntukan yang lebih tinggi untuk pembangunan.
Dalam tahun 1960 an Sarawak hanya ada 800 km panjang rangkaian jalan raya dan menjelang 2008 ia meningkat kepada 18,000 km hasil dan hubungan cemerlang negeri dan persekutuan, jelasnya.
Dalam bajet 2013-2016 Sarawak diberi peruntukan RM2.5 bilion untuk prasaranan sahaja, katanya dalam wawancara khas di pejabat beliau di Wisma Sumber Alam baru-baru ini.
Di bawah Bidang KeberhasiIan Utama Nasional (NKRA), bajet untuk Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) ialah RM 1.75 juta yang memberi manfaat kepada 77,000 isi rumah yang menggerak bekalan RES antara 87 peratus hingga 90 peratus dalam negeri ini, tambahnya.
Bagi bekalan air bersih ke kawasan-kawasan luar bandar Sarawak telah diberi RM1.77 bilion memanfaatkan 93,000 pengguna atau 82 peratus penduduk tetapi hakikat yang lebih penting ialah kawasan-kawasan luar bandar juga mengalami transformasi lebih-lebih lagi dengan prestasi ekonomi yang sangat baik, katanya.
Menyentuh mengenai komunikasi, beliau memberitahu peruntukan persekutuan untuk menara komunikasi ialah RM400 juta bagi tujuan mengurangkan jurang digital antara rakyat luar bandar dan bandar.
Awang Tengah, yang juga Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian, berkata rakyat boleh nampak apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam program transformasi untuk mempertingkatkan taraf hidup mereka.
Mengenal isu tanah hak adat Bumiputera beliau memberitahu kerja sukatan perimeter sehingga kini sudah meliputi 328.696 hektar tanah berdasarkan pemilikan individu.
Penyukatan percuma itu dilakukan untuk memastikan pemilik tanah terjamin keselamatan tanah milik mereka dan membolehkan mereka merancang apa bentuk kemajuan yang mereka hendak ke atas tanah mereka sendiri, tambahnya.
Justeru, tidak timbul soal kerajaan merampas tanah bumiputera seperti yang sering didakwa oleh pihak pihak tertentu. Malahan ratusan hak milik tanah sudah diberi kepada kampung tradisi di seluruh negeri, ujarnya.
Ia sengaja ditimbulkan menjadi isu kerana pihak pembangkang sudah kehabisan idea untuk merendah-rendahkan kerajaan, katanya.
(Sumber: Utusan Sarawak, 8 April 2013)
