Yakini Pasukan Keselamatan Tangani Pencerobohan Lahad Datu

 

Yakini pasukan keselamatan tangani pencerobohan Lahad Datu


Adeng Idrus

LIMBANG, Rabu — Insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna mampu ditangani oleh poIis dan tentera di negara ini tanpa perlu dipolitikkan.

Malahan penghantaraan anggota pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan anggota tentera bagi membentuk kekuatan menangani insiden pencerobohan itu daripada negeri ini turut mendapat sokongan kerajaan negeri.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar 2, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan nenegaskan demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah dan Surat Hak Milik Tanah di sini semalam.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Timbalan Residen Hamdiah Bakir, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Limbang Hardi Fadill ah Hanizah dan Pegawai Daerah Limbang Anyi Ngau.

Pada masa sama kerajaan negeri sedang mencari jalan terbaik untuk membantu keluarga wira negara yang terkorban termasuk anggota polls Sarawak yang terbunuh dalam mempertahankan tanah air.

“Kita bersetuju dengan pelancaran tabung perwira di peringkat kebangsaan bagi membantu anggota keselamatan yang terkorban dan kerajaan negeri akan mencari jalan terbaik untuk membantu mereka,” katanya lagi.

Sementara itu, Awang Tengah menjelaskan penyukatan perimeter tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) merupakan satu jaminan hak milik terhadap tanah NCR milik masyarakat Bumiputera dalam usaha mengiktiraf hak mereka secara sah.

Pihak kerajaan melaksanakan kerja penyukatan tanah NCR secara komuniti memandangkan faktor keluasan tanah yang terdapat di negeri ini.

Kata beliau, pembangkang gemar memainkan isu tersebut kerana mereka kekeringan isu selain menghasut pemikaran rakyat. “Jangan termakan hasutan kerana apa yang dilakukan pembangkang hanya kerana kepentingan politik dan bukannya kepentingan rakyat.

“Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengutamakan kepentingan rakyat daripada kepentingan politik seperti yang diamalkan pembangkang,” katanya.

Sejumlah RM3.3 juta pampasan diberikan melibatkan lebih 200 membabitkan Jalan Bawang Ubor/Kampung Ukong/Ulu Tubai dan Jalan akses ke empangan Lirnbang.

 

(Sumber:  Utusan Sarawak, 7 Mac 2013)

 

 
image Polls
image Announcement