Program penyusunan semula tangani masalah setinggan
Akun Giman
SIBU, Khamis — Kerajaan mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah setinggan di Sarawak yang disebabkan oleh penghijrahan penduduk dan luar bandar ke bandar di negeri ini.
Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, untuk menghadapi masalah tersebut kerajaan melaksanakan Program Penyusunan Semula Penempatan Penduduk di negeri ini, termasuk di bahagian Sibu.
Menerusi Jabatan Tanah dan Survei (JTS) kerajaan turut melaksanakan Program Pembesaran Kampung di semua tempat yang dikira perlu, terutamanya di kawasan pinggir bandar dan kawasan kampung yang padat di luar bandar.
“Program Penyusunan Penempatan Semula di negeri ini kita telah hentikan, tetapi Program Pembesaran Kampung masih lagi diteruskan. OIeh itu, jika ada keperluan program tersebut di bahagian Sibu saya memohon para pemimpin di sini untuk mengadakan perbincangan dengan JTS,” ujarya.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Warta 7 Kanun Tanah kepada seramai 142 ketua isi rumah dan 114 buah rumah dan kawasan setinggan Sungai Pakan Loba Kerto Sibu, Batu 8 1/2 Jalan Oya Lama Sibu dan Rumah Jawin Tanggi Spur, Batu 21 Ulu Oya Sibu dengan melibatkan kawasan seluas 15.719 HA(38.84l6 ekar).
Dan Penyampaian Surat Kelulusan Peruntukan Lot Kediaman kepada seramai 16 buah keluarga dan kawasan Setinggan Sungai Antu, Sibu.
Awang Tengah yang juga Menteri Kemudahan Awam turut memberitahu kerajaan menerusi agensinya dan pihak swasta melaksanakan program perumahan mampu milik untuk rakyat.
“Dalam program ini, pihak swasta memainkan peranan penting dalam menyediakan rumah kos rendah dan mampu milik kepada rakyat. Ini termasuk menyediakan Rumah Mesra Rakyat.
“Sehubungan itu, mereka yang berjaya mendapat lot dalam Program Penyusunan Semula Penempatan Penduduk dan Program Pembesaran Kampung boleh memohon untuk mendapatkan Rumah Mesra Rakyat ini,” ujarnya lagi.
Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian turut memberitahu bahawa kerajaan berjaya menyelesaikan tiga kawasan setinggan secara in-situ di bahagian Sibu.
“Kesemua kawasan tersebut setinggan di Sungai Pakan, Loba Kerto, Batu 8 1/2, Jalan Oya Lama dan Batu 21, Jalan Tanggi Spur, Ulu Oya dengan melibatkan 142 Ketua Isi. Rumah iaitu 98 buah rumah individu dan sebuah rumah panjang yang mempunyai 16 pintu,”jelasnya.
Katanya, setakat ini kerajaan juga telah berjaya rnenyelesaikan 11 buah kawasan di enam bahagian iaitu Sri Aman, Sibu, Sarikei, Samarahan, Betong dan Miri dengan melibatkan 345 keluarga setinggan di seluruh negeri.
“Menerusi penyelesaian secara in-situ, sebanyak 281 buah rumah individu dan sebuah rumah panjang yang mempunyai 16 pintu dapat dilaksanakan.
“Ini bermakna penduduk ini tidak lagi dianggap sebagai setinggan kerana rumah mereka menetap di lot-lot yang diperuntukkan. Dengan demikian, penduduk ini boleh memohon untuk mendapatkan pelbagai kemudahan awam seperti bekalan elektrik, air, telekornunikasi, jalan raya dan sebagainya.
“Sungguhpun demikian, ada segelintir rumah terpaksa disusun semula untuk membolehkan jalan raya dibina di kawasan berkenaan.
“Justeru, kerajaan berharap agar penduduk yang terlibat bersedia memberikan kerjasama apabila kerja-kerja pelaksanaan kemudahan ini dijalankan oleh pihak yang berwajib,” tegasnya.
Turut hadir ialah Pemangku Penguasa JTS Bahagian Sibu, Abdul Aziz Abdul Karin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapa’ee, Temenggong Datuk Wan Hamid Edruce, Temenggung Vincent Lau Lee Ming serta yang lain.
(Sumber: Utusan Sarawak, 21 Disember 2012)
