picture

News

 

INOVASI JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK MERAIH 1 ANUGERAH KHAS ANTARABANGSA, 3 EMAS DAN 1 PERAK DI PSIA MTE 2023

Posted on 18 Mar 2023
Source of News: NIT PERHUBUNGAN AWAM IBU PEJABAT, JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK

Inovasi Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah meraih tiga (3) pingat emas bagi kategori Public Service Innovation Award (PSIA) pada Malaysia Technology Expo (MTE) 2023. Penyerahan pingat tersebut telah di sempurnakan oleh YBhg. Datuk Saidatu Akhma binti Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Persekitaran Mampan), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan pada 17 Mac 2023 bertempat di World Trade Centre Kuala Lumpur.
 

Tiga inovasi tersebut adalah Smart Target Accurate Reference Solution (STARS) oleh VTECHXII dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Serian, e128 Loss of Land Title Online System oleh Sassoku-Tech dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching dan MySmartTOL oleh Lands Tahai Q dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang. Disamping itu juga satu inovasi yang bertajuk Intelligent Recovery System (i-Recovery) oleh RUAI VAIE D9 dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu telah memenangi pingat perak.  

Projek Smart Target Accurate Reference Solution (STARS) oleh VTECHXII dari JTS Serian juga telah diberikan pengiktirafan antarabangsa apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas daripada The International Alliance of Innovation & Invention Associations (IAIA) 2023.

Tahun ini merupakan tahun kelima penyertaan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak pada MTE sejak tahun 2019. Sejak penyertaan pertama Jabatan Tanah dan Survei Sarawak melalui inovasi Sarapeg, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak sentiasa mempamerkan pencapaian yang cemerlang dan membanggakan dengan memenangi Pingat Emas serta menerima pengiktirafan anugerah khas dari pelbagai institusi inovasi dan kreativiti peringkat tempatan dan antarabangsa.
 
Antara kriteria yang dinilai bagi penentuan pencapaian ini adalah kepentingan dan signifikan projek, kreativiti inovasi yang dibangunkan, impak serta hasil projek kepada organisasi mahupun negeri.
 
Penganjuran MTE kali ke-22 ini dianjurkan secara hybrid yang mengabungkan dua dinamik iaitu secara fizikal dan virtual dengan bertemakan A Leading Global Innovation and Technology Event telah berlangsung pada 16 hingga 18 Mac 2023.
 
Selain daripada pengiktirafan PSIA, MTE 2023 juga menjadi platform untuk para inventors dan innovators daripada seluruh dunia untuk berkumpul dan merebut pengiktirafan yang dianugerahkan semasa expo ini berlangsung.
 
Berikut adalah merupakan pencapaian Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dalam penyertaan MTE bermula tahun 2019-2022;
 
2022
 
  • Public Service Innovation Award, Malaysia Technology Expo (MTE) 2022, Special Award International Federation of Inventors Association (IFIA), INNOTECH Q9, Land and Survey Department Sarawak, Bintulu Division
 
  • Public Service Innovation Award, Malaysia Technology Expo (MTE) 2022, Gold Award, SASSOKU-TECH, Land and Survey Department Sarawak, Kuching Division
 
  • Public Service Innovation Award, Malaysia Technology Expo (MTE) 2022, Gold Award, LANDS TAHAI Q HYBRID TA'ROM, Land and Survey Department Sarawak, Limbang Division
 
  • Public Service Innovation Award, Malaysia Technology Expo (MTE) 2022, Gold Award, INNOTECH Q9, Land and Survey Department Sarawak, Bintulu Division
 
  • Public Service Innovation Award, Malaysia Technology Expo (MTE) 2022, Gold Award, ACCURATE, Land and Survey Department Sarawak, Mukah Division
2021
 
  • Public Service Innovation Award (PSIA), Malaysia Technology Expo (MTE) 2021, Rural Transformation Project (RTP) Smart, LANDS TAHAI Q, Land and Survey Department Sarawak, Limbang Division - Gold Award
 
  • Japan Intellectual Property Association (JIPA), Rural Transformation Project (RTP) Smart, LANDS TAHAI Q, Land and Survey Department Sarawak, Limbang Division - Special Award
 
  • Public Service Innovation Award (PSIA), Malaysia Technology Expo (MTE) 2021, Innovation Umbrella On-Site (INUOS), INNOTECH Q9, Land and Survey
Department Sarawak, Bintulu Division - Silver Award
 
 
2020
  • Public Service Innovation Award (PSIA), Malaysia Technology Expo (MTE) 2020, Mobile LASIS (Land and Survey Information System) - Gold Award
 
  • Special Award From Malaysian Association of Creativity and Innovation (MACRI), Mobile LASIS (Land and Survey Information System)
 
  • International Federation Of Inventors Association (IFIA), IFIA Best Invention Medal, Power4Fields – Portable Power Supply, LANDS TAHAI Q, Land and Survey Department Sarawak, Limbang Division - The Outstanding Invention
 
  • Public Service Innovation Award (PSIA), Malaysia Technology Expo (MTE) 2020, Power4Fields (Portable Power Supply), LANDS TAHAI Q, Land and Survey Department Sarawak, Limbang Division – Gold Award
 
  • Public Service Innovation Award (PSIA), Malaysia Technology Expo (MTE) 2020, Sarawak Virtual 3D City - Gold Award
 
  • International Alliance Of Innovation and Invention Association, Malaysia Technology Expo (MTE) 2020, Sarawak Virtual 3D City - Special Award
 
2019
  • Public Service Innovation Awards, Malaysia Technology Expo 2019, The Transformation Of Boundary Marks: Sarapeg - Gold Award
 
  • International Federation Of Inventors Association (IFIA), IFIA Best Invention Medal, The Transformation Of Boundary Marks: Sarapeg - The Outstanding Invention
 
  • The Republic of Croatia, International Award Of Merit, The Transformation Of Boundary Marks: Sarapeg


picture Polls
picture Announcement