picture

News

 

386 pemilik tanah terima pampasan bagi projek di Sibu

Posted on 09 Mar 2023
Source of News: Utusan Borneo
SIBU: Seramai 386 pemilik tanah yang terlibat dengan projek Kampung Banyok Extension Scheme Sibu, Proposed Sungai Maaw/Sungai Merah 132 KV Transmission Line Project Sibu dan naik taraf bekas jalan-jalan balak di Sarawak (Fasa IV) bahagian Sibu diberikan pampasan keseluruhan berjumlah RM13,634,106.42.

Daripada jumlah itu, sebanyak 17 cek pampasan berjumlah RM2,032,939.10 disampaikan kepada 12 pemilik tanah yang terlibat dengan projek Kampung Banyok Extension Scheme Sibu.

Projek Proposed Sungai Maaw/Sungai Merah 132 KV Transmission Line Project Sibu pula membabitkan pemberian 441 cek berjumlah RM11,539,472.70 kepada 361 pemilik tanah.

Manakala 20 cek berjumlah RM61,694.62 diberikan kepada 13 pemilik tanah yang terlibat dalam projek menaik taraf bekas jalan-jalan balak di Sarawak (Fasa IV) bahagian Sibu.

Sebanyak 40 surat hak milik tanah Seksyen 18 tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) diberikan kepada 40 penerima bagi kawasan Ulu Sungai Salim dan Warta Native Communal Reserve Seksyen 6 kepada tiga penerima bagi kawasan Batu Burak, Igan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyempurnakan majlis penyerahan cek pampasan tanah dan surat hak milik tanah tersebut pada Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah, Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri Bahagian Sibu hari ini.

Berucap pada majlis tersebut, Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak menyeru para pemilik tanah hak NCR supaya bersama-sama kakitangan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) di lapangan ketika penyukatan tanah mereka dilakukan.

Katanya, ini bagi memastikan penyukatan tanah mereka dapat dilakukan dengan cepat dan mengelak pertindihan tuntutan tanah di kalangan mereka.

"Apabila notis penyukatan tanah diberikan, para pemilik tanah harus hadir kerana hanya mereka (pemilik tanah) yang tahu persempadanan tanah mereka," jelasnya.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak berkata, usaha penyukatan tanah NCR tersebut turut mengalami kekangan yang besar, antaranya, ketidakhadiran pemilik tanah di lapangan ketika penyukatan dilakukan.
 
Ini menyebabkan kerja-kerja penyukatan tidak dapat dilakukan dan terbantut serta memberikan kesan terhadap pemilik tanah sendiri," ujarnya.

Turut hadir Pemangku Penguasa Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sibu Awan Amar dan Temenggung Stanley Geramong.


picture Polls
picture Announcement