MAJLIS PERASMIAN DAN PELAKSANAAN SARAWAK CIVIL SERVICE ENVIRONMENTAL STANDARD (SACSES) 2026
Posted on 21 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri
MAJLIS PERASMIAN DAN PELAKSANAAN SARAWAK CIVIL SERVICE ENVIRONMENTAL STANDARD (SACSES) 2026
Tarikh : 21.10.2026
Maa : 8:30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Tingkat 8, JTS Miri
Majlis Perasmian dan Pelaksanaan Sarawak Civil Service Environmental Standard (SACSES) 2026 telah diadakan pada 21 Oktober 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 8, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Anthony Aboi, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri.
Majlis ini turut menyaksikan pelantikan ahli jawatankuasa baharu bagi memastikan pelaksanaan SACSES dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
SACSES merupakan satu inisiatif transformasi yang menggantikan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Inisiatif ini diperkenalkan bagi memperkukuh pengurusan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik, selamat dan lestari, selaras dengan aspirasi Sarawak Sustainable Development Goals (SDG) serta Post COVID-19 Development Strategies (PCDS) 2030.
