MAJLIS PENYAMPAIAN CEK SUMBANGAN TANGGAUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) JABATAN TANAH DAN SURVEI BAHAGIAN MIRI
Posted on 20 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri
MAJLIS PENYAMPAIAN CEK SUMBANGAN TANGGAUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) JABATAN TANAH DAN SURVEI BAHAGIAN MIRI
Tarikh : 20 Oktober 2026, Selasa
Masa : 10: 00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Tingkat 8, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri
Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri telah mengadakan Majlis Penyampaian Cek Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility – CSR) pada 20 Oktober 2026 (Selasa), jam 10.00 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 8, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri.
Bagi tahun 2026, SK Kuala Baram, Miri telah terpilih sebagai penerima manfaat sumbangan CSR bagi Daerah Miri. Sumbangan berjumlah RM20,000.00 ini melibatkan Magna Focus Sdn. Bhd., sebuah syarikat pemegang lesen Lesen Menduduki Bahan Batuan (LMBB) bagi aktiviti pengeluaran pasir di kawasan Miri, Long Lama, Marudi dan luar pesisir.
Cek sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Tuan Anthony Aboi, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri, kepada Cikgu Nancy Anak Opi, Guru Besar SK Kuala Baram, Miri.
Pemilihan penerima dilaksanakan secara bergilir setiap tahun bagi memastikan manfaat dana CSR dapat disalurkan secara adil dan menyeluruh kepada komuniti yang terjejas oleh aktiviti perlombongan di Sarawak.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dalam memperkukuh tanggungjawab sosial industri, menyokong kesejahteraan komuniti setempat serta menggalakkan pembangunan mampan demi manfaat masyarakat.
