News

 

22ND ICOMOS GENERAL ASSEMBLY AND SCIENTIFIC SYMPOSIUM 2026 (Hari Kedua)

Posted on 20 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Tanah dan Survei sarawak

Tajuk: 22ND ICOMOS GENERAL ASSEMBLY AND SCIENTIFIC SYMPOSIUM 2026 (Hari Kedua)
Tarikh: 19 - 22 OCTOBER 2026
Lokasi : BORNEO CONVENTION CENTRE KUCHING (BCCK)


Hari kedua 22nd ICOMOS General Assembly and Scientific Symposium 2026 meneruskan agenda perhimpunan dan simposium saintifik yang menghimpunkan pakar, ahli akademik, pengamal profesional serta wakil organisasi berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya dari pelbagai negara.

Program bertaraf antarabangsa ini menjadi platform penting untuk perkongsian ilmu, pertukaran pandangan serta perbincangan mengenai pendekatan dan amalan terbaik dalam melindungi khazanah warisan sejarah, seni bina dan budaya untuk generasi akan datang.

Semua lima agensi yang disenaraikan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR) Sarawak telah turut sama  terlibat sebagai pempamer di bawah program ini iaitu Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (Land and Survey Department Sarawak, Sarawak Forestry Corporation (SFC), Forest Department Sarawak (Jabatan Hutan Sarawak), Land Custody and Development Authority (LCDA) dan Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC)

Dalam pada itu, Datu Haji Abdullah Bin Julaihi Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar turut sama hadir menyampaikan taklimat perkongsian bertajuk “Urbanand City Planning as a Strategic Driver of Heritage and Conservation in Sarawak” kepada semua peserta yang hadir.

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak sebagai pempamer dalam progrma ini turut memperkenalkan peranan, fungsi serta perkhidmatan jabatan kepada para pengunjung dan peserta.

Penyertaan ini membuka peluang untuk berkongsi maklumat berkaitan pentadbiran tanah, pengukuran dan pemetaan serta penggunaan teknologi geospatial dalam menyokong pengurusan tanah yang sistematik.

Penglibatan sebagai pempamer juga menjadi medium untuk meningkatkan pemahaman orang ramai terhadap kepentingan maklumat tanah dan pemetaan dalam menyokong usaha pemeliharaan warisan serta pembangunan yang mampan.


TAMAT//


Best view using Mozilla Firefox and Google Chrome with web view resolution 1920 x 1080. | © Copyright of the Land and Survey Department, Sarawak (JTS). 

Copyright of this website and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therein, is owned by the owner of this website unless otherwise indicated. No part or parts of this website may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with in any manner without the express prior written consent of the owner of this website.


Last Updated On 20 Oct 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed

image Polls
image Announcement