Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Di Bawah Seksyen 5 (3) & (4) Kanun Tanah Negeri
Posted on 14 Oct 2026
Source of News: Unnit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Serian
Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Di Bawah Seksyen 5 (3) & (4) Kanun Tanah Negeri Bagi Projek Jalan Perhubungan Desa Kampung Mentung Mubuk - Kampung Mayang Kawan, Serian
Tarikh : 14-16.10.2026
Masa : 10.00 pagi
Tempat :
1. Balai Raya Kampung Mentung Mubuk, Serian
2. Balai Raya Kampung Mayang Mawang, Tebedu.
3. Balai Raya Kampung Mayang Kawan, Tebedu
Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Serian mengadakan sesi dialog yang bertujuan untuk menerangkan berkenaan pelaksanaan proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 5(3) dan (4) Kanun Tanah Negeri.
Melalui dialog ini, Ketua Masyarakat, Ketua Kampung, JKK Kampung dan pemilik tanah telah diberi penerangan mengenai tujuan pengambilan tanah, proses pelaksanaan pengukuran serta proses mengemukakan tuntutan pampasan. Borang E turut diberikan kepada penuntut yang terlibat bagi tujuan tuntutan.
Dengan adanya sesi dialog ini, diharapkan dapat memberikan pemakluman dan maklumat yang jelas akan kepentingan projek.
