Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu
LANDAS CERGAS : JOM BERZUMBA
TARIKH : 16 OKTOBER 2026
MASA : 1600H
TEMPAT : PARKING LOT WISMA BINTULU
Pelaksanaan program LANDAS Cergas: “Jom Berzumba” bertujuan untuk membudayakan amalan gaya hidup sihat, aktif dan seimbang dalam kalangan warga Jabatan Tanah dan Survei melalui aktiviti kecergasan yang menyeronokkan serta berimpak positif. Program ini menjadi platform untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal, stamina dan kesihatan warga jabatan melalui aktiviti senaman zumba yang dilaksanakan secara terancang dan berterusan.
Selain itu, program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan, khususnya dalam mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit yang berpunca daripada gaya hidup kurang aktif. Aktiviti zumba juga dapat membantu mengurangkan tekanan kerja, meningkatkan kecergasan mental serta mewujudkan keseimbangan antara tuntutan tugas dan kesejahteraan diri.
Di samping itu, pelaksanaan LANDAS Cergas dapat mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama dan memperkukuh keharmonian dalam kalangan warga jabatan melalui penglibatan bersama dalam aktiviti yang santai dan sihat. Program ini juga diharapkan dapat meningkatkan motivasi, semangat berpasukan serta produktiviti warga kerja.
Secara keseluruhannya, program “Jom Berzumba” merupakan salah satu inisiatif ke arah melahirkan warga jabatan yang lebih sihat, cergas, ceria, berdisiplin dan produktif, sekali gus mewujudkan persekitaran kerja yang positif serta menyokong penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti, cekap dan berkesan kepada masyarakat.
The Sarawak State Government introduces JobSarawak as a one-stop platform to connect job seekers and employers across the state.
The portal offers a wide range of employment opportunities across various sectors, including administration, technology, industry, and more. In addition, JobSarawak supports career development and workforce needs to strengthen Sarawak’s economy.
Members of the public are encouraged to register and explore career opportunities via the following link: https://job.sarawak.gov.my/