News

 

CONFEREN PSIKOLOGI, KAUNSELING DAN KESEJAHTERAAN JTS 2026 FOKUS KESIHATAN MENTAL WARGA KERJA & CABARAN DALAM DUNIA DIGITAL

Posted on 07 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Tanah dan Survei sarawak

CONFEREN PSIKOLOGI, KAUNSELING DAN KESEJAHTERAAN JTS 2026 FOKUS KESIHATAN MENTAL WARGA KERJA & CABARAN DALAM DUNIA DIGITAL

KUCHING, 7-8 Oktober 2026 – Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) terus memperkukuh komitmennya terhadap kesejahteraan warga kerja menerusi penganjuran Konferen Psikologi, Kaunseling dan Kesejahteraan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Tahun 2026 yang berlangsung selama dua hari, pada 7 dan 8 Oktober 2026 di Riverside Majestic Hotel, Kuching.

Bertemakan “Psychological Safety in the Digital Era”, konferen berkenaan memberi tumpuan kepada usaha membentuk persekitaran kerja yang selamat dari segi psikologi, terbuka dan saling menyokong dalam menghadapi perubahan teknologi serta cabaran dunia pekerjaan yang semakin dinamik.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, Sr Haji Rozlan bin Haji Putit bersama barisan pengurusan tertinggi yang lain.

Penganjuran pada tahun ini turut membawa pendekatan baharu apabila program yang sebelum ini dikenali sebagai Hari Psikologi, Kaunseling dan Kesejahteraan diperluaskan kepada sebuah konferen dengan pengisian yang lebih luas, interaktif dan strategik.

Konferen dua hari tersebut telah menampilkan pelbagai pengisian yang memberi penekanan kepada kesedaran kendiri, pengurusan tekanan dan emosi, komunikasi, kepimpinan serta pembentukan budaya kerja berasaskan kepercayaan dan saling menghormati.

Konferens dua hari ini diperhebatkan dengan slot ucaptama, bengkel interaktif, dan ceramah khusus daripada pakar bidang masing-masing. Ucaptama Perasmian telah isampaikan oleh Dr Mohd. Shahrul bin Kamaruddin (FCSHD, UNIMAS). Dikuti Bengkel Interaktif (Hari Pertama): Dibahagikan kepada tiga slot serentak iaitu Discover Me oleh Puan Saravina binti Faizal (HUS), Recharge Me oleh Puan Helen anak Thomas (PPD Padawan), dan Express Me oleh Puan Izyan binti Masli (MEITD).

Manakala Ceramah Khusus pada Hari Kedua untuk Sesi pagi disampaikan oleh Encik Muhamad Asmar bin Omar (Pusat Kaunseling Nurani) bertajuk “When Personality Affects Psychological Safety”, manakala sesi petang disampaikan oleh Dr Lavanya Pillai bertajuk “Leading with Trust: Psychological Safety, Communication & High-Performance Team Culture”.

Selain itu, Booth SCS-KSP: “You Share We Care” turut disediakan sebagai ruang interaktif bagi membolehkan warga Jabatan mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan sokongan serta menyertai aktiviti berkaitan psikologi, kaunseling dan kesejahteraan. TAMAT.



Best view using Mozilla Firefox and Google Chrome with web view resolution 1920 x 1080. | © Copyright of the Land and Survey Department, Sarawak (JTS). 

Copyright of this website and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therein, is owned by the owner of this website unless otherwise indicated. No part or parts of this website may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with in any manner without the express prior written consent of the owner of this website.


Last Updated On 16 Oct 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed

image Polls
image Announcement