PERBINCANGAN PROJEK JALAN AKSES KE TUNOH, KAPIT (RECODA-SCORE) – KERJA UKUR NO. 19/2026 DAN 20/2026
Posted on 15 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kapit
PERBINCANGAN PROJEK JALAN AKSES KE TUNOH, KAPIT (RECODA-SCORE) – KERJA UKUR NO. 19/2026 DAN 20/2026
Tarikh : 15.10.2026
Masa : 0900 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat JTS Kapit
Satu perbincangan telah diadakan bersama Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kapit, Border Survey Consultant Sdn. Bhd. serta Pejabat Hutan Bahagian Kapit berhubung pelaksanaan Projek Jalan Akses ke Tunoh, Kapit (RECODA-SCORE) bagi Kerja Ukur No. 19/2026 dan 20/2026. Perbincangan tersebut tertumpu kepada isu tuntutan ganti rugi oleh pemilik tanah yang mempunyai tumbuhan atau tanaman komersial, khususnya spesies kayu bernilai seperti belian, meranti dan kapor yang terlibat dalam kawasan projek.
Hasil perbincangan telah mengambil kira isu berkaitan tuntutan ganti rugi tersebut untuk penelitian dan tindakan lanjut oleh pihak yang berkenaan. Rumusan perbincangan serta segala keputusan berhubung tuntutan ganti rugi berkenaan akan dikemukakan kepada Ibu Pejabat Jabatan Hutan di Kuching untuk pertimbangan dan keputusan selanjutnya. Perkara ini penting bagi memastikan tuntutan yang dikemukakan dapat dinilai sewajarnya berdasarkan ketetapan dan prosedur yang berkuat kuasa sebelum tindakan susulan dilaksanakan.
