Sesi Dialog Penyerahan Jadual Tuntutan Bagi Kawasan Menuan, Kerja Ukur 3/2025.
Posted on 13 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kapit
Sesi Dialog Penyerahan Jadual Tuntutan Bagi Kawasan Menuan, Kerja Ukur 3/2025.
Tarikh: 13 - 14 Oktober 2026 (Selasa - Rabu)
Masa: 9.00 pagi & 2.00 petang
Tempat:
1) Rh. Kenyalang anak Buyai, Ng. Sengkaranji, Sg. Menuan, Kapit
2) Rh. Igau anak Tuba, Sg. Menuan, Kapit
3) Rh. Jacob anak Sigai, Sg. Menuan, Kapit
4) Rh. Liang, Sg. Menuan, Kapit
Sesi dialog telah diadakan bagi menyerahkan dan menerangkan berkenaan Jadual Tuntutan kepada Tuai Rumah dan penduduk rumah panjang di empat (4) buah rumah panjang yang terlibat di Kawasan Sungai Menuan, Kapit. Jadual Tuntutan perlu dipamerkan di rumah panjang untuk membolehkan setiap penama pemilik tanah membuat semakan dengan teliti terhadap maklumat seperti nama pemilik tanah, nombor kad pengenalan, syer kepentingan dalam lot tanah serta nombor lot tanah masing-masing.
Semua Tuai Rumah dan penduduk yang hadir turut dimaklumkan bahawa Jadual Tuntutan tersebut akan dipamerkan di rumah panjang selama satu (1) bulan bermula 13.10.2026 sehingga 13.11.2026. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau perubahan pada maklumat berkaitan, pemilik tanah diminta untuk memaklumkan dan mengemukakan pembetulan melalui Tuai Rumah kepada Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kapit dalam tempoh satu (1) bulan tersebut. Pelan lot tanah yang berkaitan turut diserahkan untuk dipamerkan bersama-sama Jadual Tuntutan bagi membolehkan pemilik tanah membuat semakan kedudukan dan sempadan lot masing-masing. Semua Tuai Rumah dan penduduk rumah panjang yang hadir memahami penerangan yang telah disampaikan serta serta tindakan yang perlu diambil dalam tempoh pameran yang ditetapkan.
