News

 

LAWATAN PENANDA ARAS PEJABAT TANAH DAN GALIAN JOHOR KE JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK BAHAGIAN SERIAN

Posted on 09 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Tanah dan Survei sarawak

LAWATAN PENANDA ARAS PEJABAT TANAH DAN GALIAN JOHOR KE JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK BAHAGIAN SERIAN

Lawatan penanda aras delegasi Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor kali ini telah diteruskan ke Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak, Bahagian Serian pada 9 Oktober 2026.

Delegasi tersebut diketuai oleh Puan Hajah Nurul Naqiah binti Fadzil, Timbalan Pengarah Pendaftaran, dan Encik Mohamad Fahmi bin Zakaria, Ketua Unit Pengurusan SSI, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, bersama pegawai-pegawai lain daripada PTG Johor.

Deligasi turut disambut oleh Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Serian Encik Abdul Khalil bin Amit, Penolong Pengarah Tanah Encik Mohamad Razali bin Arshad, Bersama-sama pegawai dari Ibu pejabat yang lain.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau amalan terbaik yang dilaksanakan oleh JTS Sarawak, khususnya dalam aspek pentadbiran tanah serta penggunaan aplikasi LASIS (Land and Survey Information System) di peringkat Bahagian  bagi membantu dan mempertingkatkan kecekapan pengurusan serta penyampaian perkhidmatan berkaitan tanah. Melalui lawatan ini, delegasi juga berpeluang melihat sendiri pelaksanaan sistem tersebut dalam menyokong proses kerja dan pengurusan maklumat tanah secara lebih sistematik melalui sesi demostarasi oleh pegawaoi dari Cawangan Sistem Maklumat

Sepanjang lawatan, delegasi turut dibawa melawat beberapa lokasi operasi, termasuk Cawangan Tanah, Bahagian Hasil dan Bilik Kebal Pendaftar (Registrar’s Vault) bagi melihat dengan lebih dekat proses kerja, pengurusan hasil serta kaedah penyimpanan dan pengendalian rekod hak milik tanah. Diharapkan lawatan ini dapat menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman antara kedua-dua pihak, di samping memberi manfaat dalam usaha memperkukuh amalan terbaik serta meningkatkan kecekapan pentadbiran tanah pada masa hadapan. tamat



Best view using Mozilla Firefox and Google Chrome with web view resolution 1920 x 1080. | © Copyright of the Land and Survey Department, Sarawak (JTS). 

Copyright of this website and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therein, is owned by the owner of this website unless otherwise indicated. No part or parts of this website may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with in any manner without the express prior written consent of the owner of this website.


Last Updated On 14 Oct 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed

image Polls
image Announcement