News

 

Lawatan Penandasarasan PTG JOHOR ke JTS HQ

Posted on 08 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Tanah dan Survei sarawak

 Lawatan Penandasarasan PTG JOHOR ke JTS HQ

Tarikh:  8 Oktober 2026

Tempat:  Planning War Room Tingkat 21 Menara Pelita

LAWATAN PENANDA ARAS PEJABAT TANAH DAN GALIAN JOHOR KE JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK (JTS)

Lawatan penanda aras oleh delegasi Pejabat Tanah dan Galian Johor ke Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah diadakan pada 8 Oktober 2026 bertempat di Planning War Room, Tingkat 21, Menara Pelita, Kuching.

Delegasi tersebut diketuai oleh Puan Hajah Nurul Naqiah binti Fadzil, Timbalan Pengarah Pendaftaran, bersama pegawai-pegawai daripada Pejabat Tanah dan Galian Johor serta Unit Pengurusan SSI, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau dan mempelajari amalan terbaik yang dilaksanakan oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, khususnya dalam aspek pengurusan tanah, pelaksanaan proses kerja serta strategi penjanaan hasil jabatan.

Perkongsian ini turut memberi peluang kepada delegasi untuk memahami pendekatan dan kaedah yang digunakan oleh JTS dalam mengurus hasil berkaitan tanah secara sistematik dan berkesan.

Diharapkan lawatan penanda aras ini dapat menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik antara kedua-dua organisasi, sekali gus membuka ruang kepada penambahbaikan proses kerja serta memperkukuh kecekapan pengurusan hasil demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam. TAMAT
 


Best view using Mozilla Firefox and Google Chrome with web view resolution 1920 x 1080. | © Copyright of the Land and Survey Department, Sarawak (JTS). 

Copyright of this website and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therein, is owned by the owner of this website unless otherwise indicated. No part or parts of this website may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with in any manner without the express prior written consent of the owner of this website.


Last Updated On 14 Oct 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed

image Polls
image Announcement