Kunjungan hormat delegasi Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) ke Jabatan Tanah dan Survei Sarawak
Posted on 07 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Tanah dan Survei sarawak
Kunjungan hormat delegasi Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) ke Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah diadakan pada 7 Oktober 2026 bertempat di Tingkat 4, Menara Pelita, Kuching, Sarawak.
Delegasi FMM diketuai oleh Dato’ Sri Victor Hii Lu Thian, Vice-President FMM Council, bersama Mr Leslie Phuan Puay Khing, Chairman FMM Sarawak Branch; Mr Peter Chiam Tau Mien, Mr Garett Sim Maw Chyan dan Mr Paul Shanon Kenbell Barin, masing-masing Vice-Chairman FMM Sarawak Branch; Mr Albert Lau Tee Chiaw, Committee Member FMM Sarawak Branch; serta Mr Farrez Teh Abdullah, Manager FMM Sarawak Branch.
Manakala dari pihak Jabatan Tanah dan Survei Sarawak pula diketuai oleh Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, Datu Awang Zamhari bin Awang Mahmook bersama pegawai-pegawai daripada Cawangan Tanah dan Cawangan Perancangan.
Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara FMM dengan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, khususnya dalam aspek pengurusan tanah dan perancangan pembangunan yang berkaitan dengan sektor perkilangan dan industri di Sarawak.
Pertemuan ini turut menjadi platform untuk pertukaran pandangan dan perkongsian maklumat mengenai isu-isu berkepentingan bersama, di samping meningkatkan pemahaman terhadap peranan jabatan dalam menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan industri negeri. Tamat
