Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak
Posted on 13 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang
Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak Bagi Projek: Development of Telecommunication Infrastructure and Facilities at Kampung Sungai Merasam, Danau Land District, Limbang Division - Ulu Merasam (SMART60120581)
Tarikh: 13 Oktober 2026 (Selasa)
Masa: 09.30 pagi
Tempat: Kampung Merasam, Limbang
Sesi dialog dijalankan bagi memaklumkan kepada Ketua Kaum dan pemilik tanah berkenaan proses pengambilan tanah bertempat di Kampung Sungai Merasam, Limbang tertakluk di bawah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak.
Penerangan disampaikan oleh Pegawai Penilaian, Mohd Marwan bin Yusup merangkumi tujuan pengambilan, kaedah pengukuran, hak-hak yang terlibat serta prosedur menuntut pampasan. Borang E turut diagihkan untuk tujuan tuntutan.
Objektif utama sesi dialog adalah untuk memastikan penuntut mendapat maklumat jelas supaya urusan pengambilan tanah dapat dilaksanakan dengan teratur dan mengikut undang-undang.
