Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak
Posted on 12 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang
Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak Bagi Projek: Development of Telecommunication Infrastructure and Facilities at Part of Unregistered State Land Block 5, Kuala Medalam Land District, Limbang - Rh.Lumbong, Entakong
Tarikh: 12 Oktober 2026 (Isnin)
Masa: 09.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Medamit, Limbang
Sesi dialog dijalankan bagi memaklumkan kepada Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan pemilik tanah berkenaan proses pengambilan tanah bertempat di Rh. Lumbong, Entakong tertakluk di bawah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak.
Penerangan disampaikan oleh Pegawai Penilaian, Mohd Marwan bin Yusup merangkumi tujuan pengambilan, kaedah pengukuran, hak-hak yang terlibat serta prosedur menuntut pampasan. Borang E turut diagihkan untuk bagi tujuan tuntutan.
Objektif utama sesi dialog adalah untuk memastikan penuntut mendapat maklumat jelas supaya urusan pengambilan tanah dapat dilaksanakan dengan teratur dan mengikut undang-undang.
