Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak Bagi Projek:*Jalan Akses ke Bario dari Bakelalan
Posted on 07 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang
Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak Bagi Projek:*Jalan Akses ke Bario dari Bakelalan
Tarikh: 7 Oktober 2026 (Rabu)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Kpg Budu' Nur, Bakelalan
Sesi dialog dijalankan bagi memaklumkan kepada Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan pemilik tanah berkenaan proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak.
Penerangan disampaikan meliputi tujuan pengambilan, kaedah pengukuran, hak-hak yang terlibat serta prosedur menuntut pampasan. Borang E turut diagihkan untuk bagi tujuan tuntutan.
Objektif utama sesi dialog adalah untuk memastikan penuntut mendapat maklumat jelas supaya urusan pengambilan tanah dapat dilaksanakan dengan teratur dan mengikut undang-undang
