Lawatan Tapak Untuk Kerja - Kerja Pembaikan Struktur Waterfront Di Hadapan The Auss Cafe Gedong, Samarahan
Posted on 09 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan
Lawatan Tapak Untuk Kerja - Kerja Pembaikan Struktur Waterfront Di Hadapan The Auss Cafe Gedong, Samarahan
Tarikh : 09.10.2026
Masa : 09.30 pagi
Tempat : The Auss Cafe, Kampung Segera Jaya, Gedong
Satu lawatan tapak telah diadakan bagi meninjau keadaan struktur waterfront di belakang The Auss Cafe, Gedong, Samarahan, yang memerlukan kerja-kerja pembaikan susulan isu hakisan tebingan sungai di kawasan berkenaan.
Lawatan tersebut telah dihadiri oleh wakil Pejabat Daerah Gedong, wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Ibu Pejabat, pihak konsultan projek berkenaan, Ketua Masyarakat dan Ketua Kampung Segera Jaya, Gedong. serta pemilik rumah yang terjejas dengan hakisan tersebut.
Lawatan ini bertujuan untuk membuat verifikasi di tapak terlibat dengan hakisan bersama pihak berkaitan berkenaan cadangan projek penambahbaikan berkenaan.
