
PROGRAM ZIARAH KASIH KELAB LANDAS BINTULU
Satu Program Ziarah Kasih oleh Kelab LANDAS & Protem Bahagian Bintulu yang diketuai oleh Puan Sr Haslinda Binti Hamdan bersama barisan Exco, telah berjaya dilaksanakan petang Jumaat dengan menyantuni rakan pegawai yang sedang menerima rawatan di Hospital Nyabau Bintulu.
Kunjungan ini adalah tanda kebersamaan dan keprihatinan Kelab LANDAS Bintulu dan Protem terhadap kebajikan warga jabatan.
LANDAS Bintulu turut menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan dan sumbangan semua pihak mendoakan agar semoga rakan-rakan jabatan sentiasa dikurniakan kesembuhan segera.
Tempat : Hospital Nyabau, Bintulu
Tarikh : 09.10.2026
Masa : 2.30 Petang
Terima kasih.
