News

 

Majlis Penyerahan Warta Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 & Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak Bagi Kawasan DUN N78 Mulu

Posted on 07 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri

Majlis Penyerahan Warta Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 & Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak Bagi Kawasan DUN N78 Mulu

Tarikh: 7 Oktober 2026, Rabu
Masa: 1000 pagi
Tempat: Dewan Masyarakat Bario Sentral

Majlis Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera di bawah Seksyen 6 dan Surat Hakmilik Tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.78 Mulu telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Gerawat Gala, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.78 Mulu di Dewan Masyarakat Bario Sentral.

Melalui Program Inisiatif Baharu NCR, pencapaian penyukatan lot-lot individu di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak bagi kawasan Sungai Ukat, Bario, Miri telah melibatkan seramai 77 orang penerima dengan keseluruhan 102 lot tanah berkeluasan 91 hektar. Daripada jumlah tersebut, Kampung Pa’ Ukat mencatatkan seramai 51 orang penerima melibatkan 67 lot tanah berkeluasan 59 hektar, manakala Kampung Pa’ Umor melibatkan 26 orang penerima dengan 35 lot tanah berkeluasan 32 hektar.

Dalam majlis yang sama, Warta Rizab Komunal Bumiputera di bawah Seksyen 6 bagi Kawasan Sungai Kelapang, Bario, Miri turut diserahkan yang melibatkan kawasan seluas 401 hektar untuk komuniti Kelabit.

Pelaksanaan program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Sarawak untuk memperkasa komuniti luar bandar melalui pengiktirafan hak tanah, sekaligus memastikan hak dan kepentingan masyarakat Bumiputera terus terpelihara untuk generasi akan datang.



Best view using Mozilla Firefox and Google Chrome with web view resolution 1920 x 1080. | © Copyright of the Land and Survey Department, Sarawak (JTS). 

Copyright of this website and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therein, is owned by the owner of this website unless otherwise indicated. No part or parts of this website may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with in any manner without the express prior written consent of the owner of this website.


Last Updated On 09 Oct 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed

image Polls
image Announcement