Taklimat Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan Native Territorial Domian (NTD)
Posted on 07 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kapit
Taklimat Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan Native Territorial Domian (NTD)
Tarikh: 07 Oktober 2026 (Rabu)
Masa: 9.00 Pagi
Tempat: Matahari Hall, Bakun HEP
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Diana binti Kuwa @ Matilee, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kapit dan dibantu oleh Cik Adeline Nani anak Pak, Pegawai Tanah dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kapit. Turut hadir bersama ialah Puan Bidah Lujah, Pegawai Daerah Belaga. Tujuan taklimat diadakan adalah untuk memberikan penerangan kepada para Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di Daerah Belaga berkenaan pentadbiran dan pengurusan pengukuran tanah hak adat bumiputera (NCR) dan Native Territorial Domain (NTD). Di samping itu, Puan Penguasa juga menjalankan sesi secara terus kepada pihak KMKK yang hadir dan menjawab pertanyaan berkaitan isu-isu tanah yang dikemukakan.
Program seperti ini dapat meningkatkan kerjasama dan hubungan antara agensi kerajaan serta masyarakat dalam memastikan urusan berkaitan tanah hak adat bumiputera dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.